Musim Nenas Madu

November 09, 2015

Assalamualaikum semua,sekarang nie tengah musim nenas madu.Sana sini orang dok bercakap dan berkongsi cerita pasal nenas madu.Kak Sue pun tak ketinggalan nak merasa nenas madu nie.Sebenarnya Kak Sue bukah lah pengemar buah nenas,tapi saje la nak merasa,kebetulan anak teruna Kak Sue yang dua orang tu memang suka buah nenas

Kebetulan semalam Kak Sue dan keluarga keluar ke Car Boot Sale di tempat tinggal Kak Sue di Bandar Tasik Puteri nie,sambil jalan-jalan lepas Kak Sue dan keluarga bersarapan di gerai area situ ternampak ada peniaga yang menjual buah nenas madu yang tengah hot sekarang nie.Kak Sue pun belikan untuk anak-anak,sebungkus ada lima biji dengan harga RM12.Boleh la kan,janji dapat merasa..

Katanya buah nenas madu nie susah juga nak dapat stok.Saiz buahnya pula kecik dan comel je,rasanya pula manis dan agak berair lebih sedap di makan sejuk.Tengok anak-anak makan tadi puashati,kalau ada lagi peniaga yang sama jual minggu depan boleh la belikan lagi.Korang dah rasa belum buah nenas madu nie,kalau belum boleh la cepat beli sebelum habis musim,kang ngeces pulak bak kata orang jawa..ehehe..jumpa lagi,papai!!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Susah nak cari nanas madu ni kan,..tetapi rasanya memang manis :)

    ReplyDelete
  2. selalu nampak kat IG ada yang jual gak..1/2 kilo RM25...macam mahal je kak...tp yang akak up ni memang berbaloi hraganya...

    ReplyDelete
  3. Tengah hot kan kak..PC belum ada jumpa lagi la sekitar tempat tinggal PC ni..

    ReplyDelete
  4. Kaksue, yana memang tak makan nenas, masa kecik ritu je makan , bila dah besar tak makan dah

    ReplyDelete
  5. ciktie kurang gemar buah nenas ni..tapi tart nenaas memang jadi kegilaaan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.