Mobile PhotoGraphy | Gambar Pertama Fauna

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak kongsi gambar pertama fauna atau boleh juga kita panggil serangga atau binatang yang Kak Sue ambik.S...

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak kongsi gambar pertama fauna atau boleh juga kita panggil serangga atau binatang yang Kak Sue ambik.Sebelum nie ada jugak yang Kak Sue ambik tapi tak sharp sangat gambar.Agak mencabar juga tau ambik gambar fauna nie,sebab sentiasa bergerak kan..nie nasib baik Cik Ching nie tengah lepak-lepak boleh la cecepat ambik gambar..ehehe

Kelebihan ambik gambar pakai handphone nie,sama je dengan kamera digital,kita boleh ambik gambar sebanyak yang boleh.Cuma masalahnya bateri habis atau memori dah full.Yang mencantikkan kan gambar juga seperti Kak Sue cakap sebelum nie adalah cara kita ambik gambar pada mulanya.Kemudian kita edit dan bermain dengan tool agar nampak tak keterlaluan sangat.

Kak Sue pun sebenarnya masih banyak lagi nak kena belajar dan sangat enjoy dengan hobi yang satu nie.Hari-hari Kak Sue akan cari bahan atau subjek gambar yang menarik atau lain dari yang lain untuk Kak Sue simpan sebagai koleksi peribadi.Blog Kak Sue juga merupakan salah satu tempat untuk Kak Sue kongsikan hasil dari hobi Kak Sue nie.Harap satu nanti Kak Sue berpeluang memperkembangkan lagi hobi Kak Sue pada kamera digital pula.Mana la tau boleh jadi jurugambar pulak nanti kan,ehehe..berangan dulu ye mana tau mimpi jadi nyata kan,jumpa lagi semua..papai!


You Might Also Like

2 ulasan

  1. kan yana pun suka sangat ambik gambar walaupun pakai phone je

    ReplyDelete
  2. kita pun tgh belajar nak amik gambar cantik2 hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤