Kisah Abang Dan Bola - Game Pertama Abang

November 15, 2015

Assalamualaikum semua,hari nie merupakan game pertama Abang mewakili One Team FC dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah.Pagi-pagi lagi Abang dah bangun  bersedia nak bertolak ke Padang Awam,Taman Ehsan Kepong bersama team Abang.Kami sekeluarga memang plan nak turun ke sana support Abang,tapi agak lewat sikit sebab Abang Man ada kerja nak di siapkan awal pagi tadi.Selesai aje kerja,kami pun bertolak ke sana,sesampai kat sana Abang dah habis game yang kedua dan menunggu game yang ketiga untuk layak pusingan seterusnya.


Untuk game yang seterusnya kata Abang Man kita tunggu lah bagi support kat Abang.Sambil tunggu game yang seterusnya kami berbual dan berkenalan dengan ahli pengurusan,coach dan parent kat situ.Seronok pula kita berkongsi rasa dengan parent lain dan juga bahagian pengurusan serta coach One Team FC Encik Kassim.Rupanya penaung One Team FC adalah saudara Malek Noor,ahli bina badan negara yang terkenal tu,tapi kata pihak pengurusan mereka memerlukan sokongan dan kerjasama parent juga.

Kadang bila masa training,anak-anak tak dapat menghadirkan diri jadi susah pihak mereka nak select pemain yang betul-betul berminat.Setakat ini,pihak pengurusan mendapat beberapa tajaan dari pihak yang sudi menaja dan akan mengembangkan lagi langkah One Team FC ke peringkat seterusnya.Setiap perkembangan team dan pemain akan di up date menerusi whatsapp parent player yang akan di tubuhkan nanti

Untuk game pertama Abang hari nie,One Team FC tidak layak untuk peringkat seterusnya,tapi tak apa lah dengan game ini,dapat Abang membiasakan dengan suasana dan keadaan apabila dapat bertanding dalam kejohanan yang lain pulak nanti,mana tau kan..Gagal sekali,tak bermakna gagal selamanya..teruskan perjuangan dan lebih banyak latihan dan usaha..

Kak Sue mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan coach,Encik Kassim yang banyak berusaha,berkorban masa,tenaga dan wang ringgit.InsyaAllah kami akan terus support minat Abang yang satu ini dan berharap Abang dan team berjaya ke peringkat yang seterusnya..aamiin ya rab.Abang,boleh!!!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. pengalaman tu penting kak..
    standard ler kalah.
    dah ada pengalaman baru sedap main next game.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.