Khasiat Bunga Lengkuas

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita Khasiat Bunga Lengkuas yang Kak Sue ambil gambar petang tadi. Dah beberapa hari Kak Sue terpandang Bunga Lengkuas nie, tapi Kak Sue tak pasti pokok bunga apa. Petang tadi rasa tertarik hati pulak nak ambik gambar. Ada dua, tiga kuntum jugak lah kat pokok tu, siap ada yang dah kering pun tau..

Khasiat Bunga Lengkuas
Khasiat Bunga Lengkuas

Khasiat Bunga Lengkuas

Memula Kak Sue kongsi gambar di facebook, ada kawan yang kata Bunga Harum Sundal Malam, tapi ada yang kata pokok Bunga Lengkuas juga dan boleh dibuat ulam tau. Sebenarnya, Kak Sue baru pertama kali kut tengok Bunga Lengkuas nie, selalu tengok pokok Bunga Kunyit aja. Kalau pokok Bunga Kunyit memang Kak Sue pernah makan beberapa kali dah dan Kak Sue memang suka sangat makan dan bau bunga kunyit tu. Wangi ja tau korang dan boleh naikkan selera makan.. hehehe..

Bunga Lengkuas nie kata kawan-kawan Kak Sue boleh direbus dan dibuat ulam mentah macam tu aja. Sedap pula bila bayangkan, tambah pula ulam memang feveret Kak Sue lah, kalau ada ulam dan sambal belacan memang bertambah nasi lah Kak Sue. Tadi Kak Sue cuba google khasiat Bunga Lengkuas nie, banyak khasiatnya rupanya..

Antara khasiatnya, dipercayai pokok Bunga Lengkuas nie, mencegah pembiakan kuman dan bakteria dalam tubuh, membantu menghadamkan, melawaskan pembuangan air kecil dan besar serta dapat menyegarkan tubuh badan kita tau korang. Selain dari itu juga Bunga Lengkuas nie dipercayai dapat menghidarkan kanser, kencing manis, darah tinggi, gout dan sakit kulit juga..

Lepas nie boleh la kita cuba Bunga Lengkuas nie sebagai ulam kat rumah kita kan, lagi pun ulaman memang diakui salah satu pemakanan untuk awet muda dan sihat kan. Apa lagi jom kita cuba sama-sama nanti dan semoga perkongsian ini bermafaat untuk korang semua. Jumpa lagi next entri.. papai!


Post a Comment

3 Comments

  1. kak sue punya gambaq makin lama makin lawa laa...

    ReplyDelete
  2. haah kawan saya dari sekolah menengah buat ulam sampai sekarang tapi saya tak penah cuba lak heheheh....

    ReplyDelete
  3. haah macam bunga harum sundal malam kehkeh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤