Hobi Anak Bujang Kak Sue

November 07, 2015

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.Hujung minggu macam nie,banyak la aktiviti yang nak di buat bersama keluarga kan.Ada yang bawa keluarga keluar makan bersama,ada yang buat aktiviti bersama di rumah aje.Anak-anak Kak Sue hujung minggu macam nie la mereka menghabiskan masa dengan hobi masing-masing.
Hobi salah sorang anak Kak Sue Mohd Syazwan Fathi,mesra dengan panggilan Abang aje ialah main bola dan skateboard.Skateboard sekarang dah kurang main sebab dah tak ada tempat nak main kat Tasik Puteri nie.Kalau nak main kena pergi ke Extream Park Shah Alam,paling dekat la tu dengan rumah Kak Sue.Sekarang nie pantang ada kelapangan masa mesti Abang asyik ke padang bola aje,nak pulak ada pemilihan untuk team bola kawasan rumah Kak Sue nie,One Team FC.Hari-hari la Abang pergi training,naik gelap dah kulitnya minat punya pasal sanggup..ehehe.
Kak Sue sebagai Ibu menyokong aje minat anak-anak,tambah pulak dalam aktiviti sukan macam nie daripada mereka buat yang bukan-bukan lagi la kita serabut nanti.Sekurang-kurangnya dengan aktiviti macam nie,kurang la mereka pada aktiviti yang tidak sihat kan.Cuma kena pantau la jugak dengan sapa mereka berkawan dan kemana mereka pergi.Pastikan lepas latihan bola,terus pulang ke rumah.Ibu doakan Abang terpilih dalam pemilihan One Team FC tu nanti okay,terus kan usaha!Lebiu Abang..

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Hehe... ok la tu kak. mula develop skill bola dari muda. saya baru berjinak jinak berlatih bola padang bila da keje ni. padat masa. stamina pon tak seberapa macam dulu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah,dia memang minat sangat..terima kasih ye sudi singgah dan komen :)

      Delete
  2. Moga tuah milik Abang !! amin

    ReplyDelete
  3. Aaamiin.. gud luck tuk abang,

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.