Resepi Tomyam Putih Airtangan SuamiKu

Assalamualaikum semua,apa khabar hari nie?Alhamdullilah,rasa hari nie jerebu dah semakin baik dan semakin pulih.Dah nampak langit sikit dah,kalau tak putih je tak nampak apa kan.Nak makan pun macam tak berselera sangat,bila cuaca yang tak menentu nie kan.Hari nie Abang Man,masak lagi untuk kami sekeluarga,time Abang Man rajin memang macam nie.Ada je yang nak di masaknya.Menu hari nie Tomyam Putih air tangan suamiku..ecey..

Kadang tak ada pun planning nak masak apa untuk hari tu,balik je dari menghantar anak-anak ke sekolah Abang Man terus singgah ke kedai beli barang basah.Nanti balik rumah baru bagi tau nak masak apa.Kak Sue bantu lah serba sikit,bersihkan ayam dan sayur,masak nasi ke,konon masak sambil berkasih sayang sebab tinggal berdua je kan,ehehee.Hari nie Abang Man masak Tomyam Putih,bila tanya resepi kata Abang Man tak payah sangat naik ikut sukatan,cincai je katanya.Jom la kita tengok resepi cincai Abang Man nie,mana tau ada yang nak cuba kan..ehehee..

resepi tomyam putih airtangan suamiku
Tomyan Putih

Tomyam Putih Man Java

Bahan - bahan :
1/2 ekor ayam (kalau nak campur sotong,udang pun boleh)
1 biji bawang holand (potong bulat)
20 biji cili padi ( di tumbuk separuh hancur)
5 biji limau kasturi (di ambik airnya)
3 batang serai (di ketuk)
3 helai daun limau purut (di carik)
Pilihan sayur yang korang suka
sedikit garam dan minayk

Cara - cara :
Tumis bawang,daun limau,cili padi dan serai,hingga naik bau
Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih kejap
Kemudian masukkan air limau kasturi
Pastu masukkan ayam dan sayur,masukkan garam secukup rasa
Dah siap untuk di hidangkan
Selamat mencuba resepi yang mudah dan ringkas..papai!!

1 comment

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤