Tempat Makan Feveret Family di Orchid Bistro

October 29, 2015

Assalamualaikum semua,selalunya tempat makan feveret family kita haruslah tempat yang kita rasa selesa,bersih,tenang dan servis yang bagus kan.Kadang bila kita keluar makan bersama family kita,kita nak sembang-sembang sambil lepak santai gitu.Tempat pilihan Kak Sue dan family ialah di Orchid Bistro Eon,Anggun Rawang.Kalau ke Eon Anggun Kak Sue kerap singgah kat sini,sebab ada berbagai pilihan menu hidangan barat dan citarasa asia serta selesa sangat kat sini

Antara menu pilihan family Kak Sue ialah Nasi Goreng,Chicken Chop,Beef Steak dan Mee Kari.Di sini sos di hidangkan asing ke dalam mangkuk,jadi kita boleh pilih samada nak curah atau celupkan aje hidangan kita itu.Kadang kalau dah curah sesiap kuah tu,kalau lambat makan ke apa,hidangan kita tu jadi lembik dan kembang tambah kalau chicken chop kan.Bila di hidangkan asing macam nie bagus jugak.Terdapat dua pilihan sos kat sini,iaitu black pepper dan mushroom sos,tapi family Kak Sue lebih suka black pepper sos.Minuman kat sini pun banyak pilihan menarik,tapi anak-anak Kak Sue biasanya order Limau Ais aje,memang feveret mereka la kalau makan kat mana-mana memang itu lah yang jadi pilihan,Teh O Ais Limau dan Teh O Panas pula untuk Kak Sue dan Abang Man..

Teh O Panas

Teh O Ais Limau

Nasi Goreng bersama Ayam Black Pepper Sos

Beef Steak dan Black Pepper Sos

Mee Kari

Di sini juga ada masakan goreng panas,breakfast hingga la ke dinner.Jadi kalau korang jalan-jalan kat Eon Anggun Rawang tu meh la singgah sini,pasti puashati dengan pilihan menu yang ada kat sini dengan harga yang sangat berpatutan.Jumpa lagi,Papai!

You Might Also Like

2 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.