Sambutan Hari Jadi Mak

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu!Hari nie Kak Sue dan family balik kampung mertua untuk sambutan hari jadi mak mertua dan dua orang anak buah Kak Sue.Sebenarnya hari jadi mak dan anak buah dah lepas dah hari tu,tapi kami adik beradik mengambil kesempatan nak berkumpul adik beradik dah alang -alang semua free dan cuti hari nie sambil kami buat makan-makan sikit kat rumah mak...

Kak Sue buatkan Kek Butter untuk mak nak bawak balik ke kampung,saja la buat untuk mak dan anak buah,buat tambah-tambah menu gitu sebab tau kalau kat rumah mak nie memang mewah dengan makanan.Macam-macam menu yang di sediakan,memang best!

Brownies Kedut Kak Sue buatkan juga untuk anak-anak buah,senang sikit buat kek gini kalau nak jalan jauh,kalau ada cream tu leceh sikit kan.Kek nie juga salah satu kek kegemaran anak dara Kak Sue,lama tak buat jadi buatkan lah semalam boleh makan sama-sama hari nie..

Alhamdullilah,semua anak menantu dan cucu,cicit mak dapat berkumpul hari nie..semoga aktiviti macam nie dapat diteruskan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..che wah!Salam sayang untuk semua..papai!

4 comments

  1. sanah helwa,mak mertua kak sue

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah moga dikesemoatan usia ini diberi kesihatan yang baik dan di permudahkan setiap urusan amin..selamat ulangtahun kelahiran ye makcik..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. hee sedap ja tengok kek tu :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤