Rezeki Berganda di Food Review

October 07, 2015

Assalamualaikum semua.Hari sabtu yang lepas,Kak Sue mendapat jemputan food review,Kak Sue pun open order produk Kak Sue Man Java Kelapa Laut dan Man Java Kedondong Asam Boi pada geng KelabBloggerBenAshaari,mana tau kan ada yg nak join order memandangkan ada geng blogger yang lain buat order.Alhamdullilah ada kawan-kawan yang pm nak order dan ada juga yang terus beli pada hari tersebut.Kira sambil food review,sambil berniaga lah,tapi dah selesai kerja Kak Sue,nak balik tu baru la Kak Sue agihkan kesemua order yang kawan blogger dah order sebelum tu.Inilah yang dikatakan rezeki berganda,sambil menyelam sambil minum air..ehehehe..
Alhamdullilah founder KelabBloggerBenAshaari iaitu Ben sendiri,dah bagi green light sebelum tu,sebab dah mintak izin nak open order kat group.Ben sentiasa support blogger di KBBA yang berniaga atau apa saja bidang diceburi,Ben akan cuba bantu sehabis boleh pada anak-anak buahnya.Cuma kita pandai-pandai la,bila dah di beri kebenaran tu jangan la sampai menganggu kerja kita pada masa tu kan.Kak Sue mengucapkan terima kasih pada Ben dan family KBBA yang sentiasa support Kak Sue,begitu juga kawan-kawan Kak Sue yang lain.Semoga kita semua sentiasa di murahkan rezeki dan di permudahkan semua urusan kita semua ye,aamiin ya rab..

You Might Also Like

4 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.