Review : Moisture White Shiso BB Cream The Body Shop

October 19, 2015

Assalamualaikum semua.Hari nie Kak Sue nak review mengenai cream pelembab muka yang Kak Sue gunakan iaitu Moisture White Shiso BB Cream The Body Shop.Selalu Kak Sue akan gunakan krim nie ketika Kak Sue ada aktiviti kat luar rumah.Tak kira la pergi shoping barang dapur ke, jalan-jalan, makan-makan ka.. Kak Sue akan pakai nipis ke muka sebagai pelindung kulit muka Kak Sue dari cahaya matahari.


Moisture White Shiso BB Cream The Body Shop


Meh Kak Sue nak kongsi dengan korang, Shiso BB Cream nie memberi perlindungan semulajadi pada kulit muka kita tau,di samping itu ia bertindak mencerahkan,melegakan dan melindungi kulit kita dari sinar UV.Cream ini juga boleh di gunakan untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang tidak sekata dan berjeragat.Biasa la kan dah tua-tua nie jeragat pun senang singgah.Cream nie kan di rumuskan dengan estrak Shiso yang berfungsi untuk mencegah jeragat dan pembentukan tompok hitam di muka kita.Selain itu juga terdapat vitamin C yang bertindak bagi mengurangkan melanin yang berlebihan.Dan seperti yang kita tau produk The Body Shop ini tidak mengunakan bahan kimia,jadi tak perlu bimbang ye..

Cara pengunaan cream nie pula, dipakai pada waktu pagi.Tapi Kak Sue pakai waktu Kak Sue nak keluar rumah je. Macam biasa ikut cara kita setiap kali dalam penjagaan muka, selepas kita pakai penyegar dan pelembab baru lah kita sapu cream mengunakan jari. Mulakan dari dahi dan ratakan perlahan-lahan pada keselurahan wajah kita dengan cara membulat.Dah siap, boleh kita melakukan aktiviti luar tanpa risaukan kulit muka kita terkena matahari.Untuk pengetahuan semua cream nie sesuai untuk semua jenis kulit yang mempunyai masalah jeragat juga tau..

Kalau korang berminat boleh lah singgah mana - mana outlet The Body Shop, dan boleh minta khimat nasihat dari staff mereka kat situ atau boleh singgah kat sini www.bodyshop.com. Selamat mencuba, papai!



You Might Also Like

6 ulasan

  1. menarik ni. suka packaging tu. brapa harga tu kak sue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la tahan lama pulak tu Nani,sebab pakai sikit je kan.. rm89.00 Nani sekarang ada free delivery

      Delete
  2. wahhh kak sue..ni mmg betul peminat body shop kan..sy pn tak cuba lg yg ni hahahahaha..tp nmpk mcm tergoda la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diya..memang peminat dari belum kawin,kdg tunggu hari ada sales baru beli buat stok..ehehe

      Delete
  3. Amboi kaksue.. patut kekal awek muda..Yanie suka dengan perfume dari bodyshop.. terbaik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..hamboi awet muda lagi..Kan,Kak Sue suka jugak..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.