Resepi Sup Daging Sayur Yang Simple

October 16, 2015

Assalamualaikum semua,Salam Jumaat hari nie Kak Sue nak kongsi resepi Sup Daging Sayur yang Simple airtangan Abang Man.Semenjak dua menjak nie Abang Man rajin betul ke dapur.Sebenarnya bukan sejak dua menjak,selalunya memang rajin pun ke dapur.Kadang kita tak ada idea dah nak masak apa,dan tak tau nak makan apa.Kalau dengan Abang Man ada je idea nak bagi kita ada selera nak makan kadang simple je pun resepinya,tapi masak dengan kasih sayang kan..pasti sedap!ehehe..Terus terbuka selera nak makan.Tambah kalau ada sup daging sayur,bertambah la makan..

Abang Man,kalau Kak Sue ambik resepi dari mana-mana,cukup tak berapa berkenan kalau ikut sebiji resepi tu.Mesti Abang Man olah sikit resepi ikut selera kita nak macam mana.Selalunya kalau Abang Man yang masak akan pakai resepi sendiri la dan selalu bila tanya apa bahan-bahannya yang Abang Man akan cakap,resepi bantai je..hahaha.Okaylah jom kita tengok resei bantai ja jom..

resepi sup daging sayur yang simple
Sup Daging Sayur

Sup Daging Sayur

Bahan - bahan :
500 gram daging
1 biji bawang besar (dicincang halus)
2 biji bawang putih (di ketuk aje)
2 inci halia (di ketuk)
1 peket sup bunjut
4 ketul tauhu
1 liter air
*Sayur ikut pilihan masing-masing
*Sedikit daun sup dan bawang
*Sedikit minyak untuk menumis
*Garam secukup rasa

Cara - cara :
Tumis semua bahan tadi,bawang merah,putih dan halia
Biarkan sehingga naik bau,kemudian masukkan air
Kemudian masukkan daging bersama sup bunjut
Biarkan mendidih sehingga daging lembut dan empuk
Akhir sekali masukkan tauhu,sayur dan garam
Siap dah,boleh la dihidangkan ketika masih panas

Kalau makan dengan cili kicap lagi la membuka selera yang tak berapa nak ada selera nie.Family Kak Sue kalau makan mesti nak pedas,kalau tak pedas tak kick dan tak puas rasanya.Selamat mencuba ye..Papai!!


You Might Also Like

2 ulasan

  1. dkna dan suami penggemar tegar daging k.su.. nampak gaya mikhail pun sama terikut, Tak pernah miss daging dalam peti ais.. sedapnya.. balik rumah japg nak wat sup tulang la.

    ReplyDelete
  2. Senang la satu family suka senangkan nak masak Dkna.. 😊

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.