Resepi Lala Tumis Bercili

October 17, 2015

Assalamualaikum,Selamat malam semua.Dah makan malam ke belum?Kak Sue jarang makan malam,lagipun hari nie Kak Sue makan tengahari pun dah lewat sangat tadi.Jadi bila malam masih terasa kenyang lagi.Hari nie sebenarnya Abang Man yang nak masak,tapi Kak Sue tengok Abang Man sibuk je menyiapkan barang niaga stadium,jadi Kak Sue je la yang masak.Macam biasa,kalau resepi dari Kak Sue mesti yang simple dan mudah.Hari nie Kak Sue masak Lala Tumis Cili.Anak bongsu Kak Sue yang terbiasa dengan panggilan Adik memang suka sangat kalau masak lala nie,kebetulan hari nie Adik ikut abahnya ke pasar.Jadi Adik minta nak makan lala,selalu cara masak yang sama aje,lain kali Kak Sue ingat nak cuba Lala Tumis Bercili pula..

resepi lala tumis bercili
Lala Tumis Bercili

Lala Tumis Bercili

Bahan - bahan :
500 gram lala (di cuci bersih dan di toskan)
1 biji bawang besar (di kisar halus)
3 biji bawang putih (di kisar halus)
1 inci halia (di kisar halus)
3 batang serai (1 batang serai di ketuk/2 barang di kisar)
7 biji cili padi (di kisar)
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk di tumis
Sedikit serbuk ayam Knors

Cara - cara :
Panaskan minyak,tumiskan bahan yang telah di kisar dan serai yang telah di ketuk
Kacau biarkan sehingga naik bau
Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga air agak kering
Kemudian boleh la masukkan lala,garam dan serbuk ayam knors biarkan seketika
Kacau sehingga kuah agak pekat 
Angkat dan boleh di hidangkan bersama hirisan daun bawang
Selamat mencuba..Papai!!

You Might Also Like

6 ulasan

  1. terlioq lah pulak ni tengok lala lalala

    ReplyDelete
  2. memang sedap la masak cili berlada.. belajar masak ritu dengan mak.. terangkkaaattt!!!

    ReplyDelete
  3. Kak sue, mcm tau2 je julia peminat si lala ni sedap ye menu sis masak...terliur sgt...kalau beli sure kena beli 1 kilo lebih sebab berat cengkerang je kan hehhe

    ReplyDelete
  4. Selalu makan lala masak macamni kalau mak yg buat. Sedapnyaa, boleh bertambah 3 pinggan ni hehe. sy singgah dan follow sini ya :)

    ReplyDelete
  5. SA suka makan lala tp susah nak fpt yg betul2 fresh...selalu cari kat pasar besar je...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.