Masak Lemak Labu

October 02, 2015

Assalamualaikum,selamat petang semua.Menu apa hari nie korang masak untuk lunch?Kak Sue hari nie rajin pula nak memasak,dah dua hari asyik Abang Man je yang ke dapur.Hari nie Kak Sue masak salah satu menu kegemaran Abang Man,Masak Lemak Labu.Kak Sue buat pedas-pedas sikit,sebab Abang Man kalau makan mesti nak pedas.Bila makan pedas baru la puas katanya,bertambah hari nie Abang Man makan..seronok tengok.
Masak Lemak Labu nie kalau kita makan lawannya dengan ikan masin atau telur masin,barulah ngam.Makan pula nasi tengah panas-panas,ada pulak sambal belacan dan ulam,memang berselera la makan.Okaylah jom kita tengok resepi cara Kak Sue..


Masak Lemak Labu
Bahan2nya
1/2 biji labu sederhana besar
1 kotak santan kara (200ml)
2 biji bawang besar (bersaiz sederhana) *
4 biji bawang putih *
1/2 inci halia *
12 biji cili padi kampung *
sehelai daun kunyit
sedikit ikan bilis,garam dan serbuk kunyit

Cara2nya
Labu di buang kulit dan di potong dadu sederhana besar dan cuci bersih
Kisar semua bahan yang bertanda *  bersama serbuk kunyit  dan ikan bilis sehingga  separuh hancur
Masukkan labu yang telah dicuci ke dalam periuk,kemudian campurkan bahan kisar tadi bersama labu
Masukkan pula santan KARA,dan kacau sebati
Dididihkan labu bersama santan sehingga labu empuk dan lembut
Tambah garam secukup rasa,dan masukkan daun kunyit yang telah di carik halus
Kemudian boleh la ditutup api dan kacau lagi bebrapa minit untuk mengelakan kuah pecah lemak
Dah siap dan boleh la di hidangkan..

~Selamat Mencuba..papai!!~








You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.