Koleksi Minyak Wangi The Body Shop

October 14, 2015

Assalamualaikum semua,orang perempuan mesti tak dapat di pisahkan dengan minyak wangi kan.Kak Sue adalah salah sorang penggemar minyak wangi juga dan antara pilihan Kak Sue adalah The Body Shop.Kak Sue mula kenal dan pakai barangan The Body Shop sejak dari  zaman Kak Sue anak dara lagi.
Kak Sue suka brand nie sebab dia mengunakan bahan semulajadi dan banyak pilihan baunya yang lembut yang menjadi kesukaan Kak Sue.Kalau berbau agak keras tu boleh menyakitkan kepala Kak Sue sebenarnya,nanti seharian rasa tak selesa..huhuhu..

Sebenarnya Kak Sue ada beberapa koleksi minyak wangi dari The Body Shop nie,tapi yang dua botol nie yang paling lama Kak Sue simpan,hampir berbelas tahun dah.Dari zaman Kak Sue masih berkerja lagi,tapi Kak Sue masih simpan walaupun Kak Sue dah tak pakai.Nama minyak wangi nie pun Kak Sue dah lupa tapi belek-belek kat belakang botol ada tertera nama minyak wangi nie,Azmaria.
Botol tu menggunakan pakaging yang lama,sekarang rasanya dah tak ada bentuk gini,kalau ada pun dah lain sikit.Bau Azamaria agak keras sikit,cukup pakai sikit aje...Kak Sue pun tak pasti macam mana boleh terbeli bau yang agak keras nie..ikut kawan-kawan kut dulu.Kawan-kawan juga yang di salahakan ye..hahaha..

Yang satu botol lagi nie,dah hilang namanya.Kak Sue pun dah tak ingat nama.Tak tau la berapa lama lagi Kak Sue nak simpan dan tak tau boleh ke pakai lagi setelah lama Kak Sue simpan,nak buang sayang pulak,ehehe..Tiap minggu Kak Sue akan lap semua botol-botol minyak wangi Kak Sue biar nampak bersih dan cantik je botolnya.Rasa satu kepuasan bila nampak barang koleksi kita terjaga dengan elok dan bersih.Nanti lain kali Kak Sue kongsikan koleksi minyak wangi Kak Sue yang lain pula ye..Sekian dulu,untuk kali nie..Papai!!

You Might Also Like

7 ulasan

  1. harum semerbak la klau mcm ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. Lamanya kak sue simpan... Bau still sama ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama Nani,sebelum kawin lagi..bau still sama..

      Delete
  3. sy pakai DKNY & Escada. tp nnt nak beli body shop. bau perfume body shop best sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Tira..try beli body shop pulak nanti..

      Delete
  4. Bodyshop ok kak.. tapi baunya tak tahan lama.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.