Jom Tengok Bola Di Stadium Shah Alam

Assalamualaikum semua,selamat pagi.Hari nie kalau korang tak ada apa aktiviti nak buat jom kita pakat tengok bola kat Stadium Bolasepak Shah Alam.Hari ada game Piala Sultan Selangor iaitu Malaysia melawan Singapura yang bermula dengan pasukan veteran Malaysia melawan veteran Singapura pada pukul lapan malam.Manakala Skuad Utama pula bermain pada pukul sembilan malam pilihan Malaysia menentang pilihan Singapura bagi menentukan juara bagi Piala Sultan Selangor 2015

Acara Piala Sultan Selangor diadakan setiap tahun di Stadium Shah Alam yang di ilhamkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melibatkan pasukan pilihan serta veteran Selangor dan Singapura bagi mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.Baginda juga merupakan penaung kejohanan yang di perkenalkan sejak 2001 ketika itu di kenali sebagai Piala Pemangku Raja Selangor.

Bagi yang tak dapat hadir ke stadium malam ini,perlawanan ini akan di tayangkan secara langsung di saluran TV3.Harap jerebu makin berkurangan dan pasukan Selangor boleh menang lah ye malam nie..Jumpa di sana,Papai!!

Post a Comment

0 Comments