Hobi Lama Kembali,Jom Mewarna

Assalamualaikum,selamat malam.Sejak dua menjak nie Kak Sue mulakan balik hobi Kak Sue yang lama dah Kak Sue tinggalkan,iaitu mewarna!Antara hobi Kak Sue ialah mewarna buku,tak kira lah buku apa pun.Dulu masa Kak Sue mengandungkan Kakak anak sulung Kak Sue,Kak Sue suka sangat mewarna.Kadang ambil buku anak buah Kak Sue,gambar carton pun jalan.Janji boleh layan mewarna,sebab tu Kakak pun minat mewarna dan pernah menang tempat pertama dalam pertandingan mewarna lagi

Sebenarnya hobi mewarna nie datang balik bila Kak Sue terpandang post di facebook kawan Kak Sue yang mewarna sebagai hobi dan sambil menunggu anak beliau habis tuisyen.Nampak macam cantik je,macam best je..jadi Kak Sue pun tanya la kawan tu rupanya beliau beli buku tersebut disekolah dan dah kehabisan stok.Akibat tak sabar nak tunggu stok buku sampai Kak Sue install le dulu aplikasi Mandalas Colouring Book,itupun tengok kawan tu juga lah post di facebook

Kak Sue pun apalagi,lelaju la install,sekarang kan zaman dah maju,nak colouring book pun boleh guna handphone.Search je kat playstore colouring book,keluar memacam buku pilih je nak yang mana satu.Kak Sue pilih Mandalas Colouring Book,buku untuk orang dewasa..

Nah..tengok hasil dari skil mewarna Kak Sue,cantik tak?Memula Kak Sue cuba corak yang mudah je dulu,nanti boleh cuba corak yang lebih mencabar sikit.Kadang menduga skill dan minda juga bagi menghasilkan padanan warna agar nampak cantik dan menarik..Korang tak nak cuba?Jom mewarna sama-sama jomm..Papai!!

Post a Comment

2 Comments

  1. cantik warna pastel ! hehe Lissa pun suka mewarna. cuma sekarang jarang mewarna sebab sibuk kerja. tapi baru terpikir mau install colouring book dalam phone. hehe tq sharing, kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Lisa..kadang penat keje boleh la rehat2 sambil colour buku kan Lissa ;)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️