Susulan Tragedi Kren Tumbang Di Masjidilharam

Assalamualaikum,susulan tragedi kren tumbang di Masjilharam,empat daripada lapan jemaah yang hilang jumaat lalu telah di sahkan terkorban.Semalam merupakan hari pertama Tabung Haji di benarkan membuat proses pengecaman jenazah.Melalui prosese itu,empat jenazah rakyat Malaysia telah di kenal pasti,Alhyarham Rusiah Suar 56,dari Sungkai,Perak,Rohana Ismail 54,dari Kuala Krai,Kelantan,Munah Jusoh 73,Cherang Ruku,Kelantan dan Siti Nurolshilizan Zolkifli 37,Tanah Merah,Kelantan.Seorang lagi jemaah Abdul Muluk Ishak 71,dari Pantai Remis,Perak di temui selamat selepas tersesat bersama kumpulan jemaah hari dari Thailand.
Tiga jemaah yang masih hilang sehingga kini ialah Abdul Habib Lahman 68,dari Sik Kedah,Shahidan Saa 52,dari Kodiang Kedah dan Zainun Taha 69,dari Ampang Selangor.Pihak Tabung Haji akan terus berusaha untuk menari tiga lagi yang hilang dan proses pengecaman jenazah yang kedua akan di lakukan hari ini.Terdapat sepuluh jemaah haji turut tercedera dalam tragedi menyanyat hati ini,sama-sama lah kita berdoa agar mereka yang masih hilang di temui dengan selamat dan semoga mereka yang terkorban di tempatkan bersama-sama orang yang soleh dan di redhai Allah..Al-Fatihah...

Post a Comment

1 Comments

  1. semoga mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.. tadi tgk berita pun salah sorang tu pernah nyatakan hasrat nak meninggal di sana...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️