Resepi Mak Kerabu Daun Selum

September 11, 2015

Assalamualaikum,Salam Jumaat semua.Hari nie Kak Sue nak cuba resepi mak Kak Sue Kerabu Daun Selum.Sebenarnya Kak Sue dan keluarga sebelah mak Kak Sue memang pengemar tegar ulam ulaman nie.Kalau makan tu,tak sah kalau tak ada sambal belacan dan ulaman,tapi kalau kat rumah Kak Sue sendiri,tak ada geng nak layan ulam.Kalau makan pun ulam yang terpilih aje,antara daun selum nie lah..letak dalam laksa pun sedap juga tau..

Banyak kelebihan makan ulaman nie,antaranya awet muda.Bukan setakat makan jamu je boleh awet muda,makan ulam pun boleh awet muda,,Kalau tak percaya tengok la Kak Sue nie ha..ecey wahhh..hahaha..Okay la sebelum korang boring ngan Kak Sue yang perasan muda nie,meh kita tengok resepi mudah dan ringkas dari Mak Kak Sue yang tersayang..

resepi mak kerabu daun selum,resepi kerabu daun selum
Kerabu Daun Selum


Kerabu Daun Selum

Bahan - bahan :
1 ikat daun selum
5 helai daun kesum
1 biji bawang besar
15 biji cili padi*
5 biji cili besar*
1/2 inci belacan*
1/2 biji kelapa parut
sedikit garam
sedikit perahan limau nipis

resepi mak kerabu daun selum
Bahan - bahan untuk resepi Kerabu Daun Selum
Cara - cara :
Cuci  bersih daun selum dan daun kesum tu dulu,kemudian toskan
Tumbuk semua bahan yang bertanda *
Potong halus daun selum,kesum dan bawang
Campurkan semua bahan yang telah di potong halus
Gaulkan bahan yang telah di potong halus tadi,bahan yang di tumbuk dan kelapa parut
Akhir sekali masukkan garam dan limau nipis mengikut selera masing-masing
Dah siap dah,boleh la makan bersama nasi atau nak ratah je macam salad

Selamat mencuba ye..Papai!!!


You Might Also Like

1 ulasan

  1. jom join GA ni...rm200 menanti anda!!!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.