Makan-Makan Di Hot Pindang Kitchen

September 17, 2015

Assalamualaikum,selamat pagi semua..Hari nie Kak Sue nak kongsi restoran yang Kak Sue pergi makan semalam bersama anak-anak dan family KelabbloggerBenAshaari,Restoran Hot Pindang Kitchen yang terletak di syeksen 10 Shah Alam tak jauh dari Plaza Masalam dan Masjid Besar Shah Alam.

Air pilihan Kak Sue ialah Jus Melody dan Asam Boi Limau..memang sedap dan menyegarkan..
Ini pula Teh O Lemon Ais dan Limau Ais
Pilihan lauk pauk masakan panas
Special Hot Pindang
Nasi Ayam 
Restoran nie menyediakan makanan panas iaitu pelbagai pilihan lauk pauk dan antara yang hot pindang order ialah Special Hot Pindang,iaitu nasi dan ayam berserta salad yang di makan bersama nasi yang membuatkan kelainan pada hidangan tersebut,Ikan Keli dan Pucuk Ubi Masak Lemak dan selain dari itu masakan pelbagai pilihan ikan di masak pindang dan asam pedas yang memang membuka selera.
Restoran ini juga menyediakan pelbagai pilihan jus yang menarik dan menyegarkan serta lain dari yang lain.Antaranya yang Kak Sue order semalam Jus Melody iaitu gabungan jus mangga dan tembikai,sedap tau..mesti cuba dan juga Jus Syahdu iaitu seakan akan air batu campur tapi lain sikit tau..
Bergambar kenangan bersama family KelabbloggerBenAshaari
Bagi yang ingin mencuba,boleh la singgah ke restoran ini yang di buka setiap hari dari 11am hingga 11pm.Mereka juga ada menerima tempahan katering dan majlis koporat,jadi boleh hubungi mereka untuk membuat tempahan dan untuk parking pula jangan risau luas dan mudah.
Restoran Hot Pindang Kitchen
No 11 & 13,Jalan Cheong Sam 10/11
Syeksen 10,Shah Alam,Selangor
(next to Azira & Hartini Restoran)
Tel : 03 55231259
         012 2043773
Facebook
www.facebook.com/hotpindangrestoran
Instagram
@hotpindangkitchen

You Might Also Like

13 ulasan

  1. wow! makan dlm kuali
    mesti sedap kn? :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Salam Pagi Nieyl..tq sudi singgah,bebila boleh cuba kat sana ye...

      Delete
  3. Assalamualaikum..tak perasan pulak ada restoran ni..boleh tengok-tengok nanti he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,ha ah sebab dalam kawasan perumahan..nanti boleh waze,tak jauh dari bangunan Masalam tu..ehehe

      Delete
  4. bestnyaa..nak cuba juga laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubai..nanti cuba tau,mmg puashati..

      Delete
  5. menarik..sye yg lme da dok shah alam pon x pi lagi kak..kne pegi ni..xleh jd nih..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus pergi..pasti puashati..ehehe..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.