Makan-Makan Di Boat Noodle Publika

Assalamualaikum semua,semalam lepas habis event kat BreakOut di NU Sentral,Kak Sue dan keluarga berkesempatan singgah ke Boat Noodle Publika.Memang lama dah teringin nak merasa Boat Noodle yang tengah femes sekarang nie.Kebetulan hari nie,salah sorang kawan blogger Kak Sue nak belanja kami sekeluarga,laju je la..ehehe.Tq Bella dan Daus,semoga korang sentiasa di murahkan rezeki..lain kali belanja lagi tau..hahaha!!Nasib baik masa Kak Sue sampai tu,masih ada meja yang masih kosong jadi tak perlu la menunggu lama,punya la ramai orang.Kak Sue dan Abang Man berkenan sangat tengok deco kat situ,lain dari yang lain,sangat menarik..


Oleh kerana Kak Sue first time datang sini,jadi Bella suggestkan apa yang nak di oder.Kak Sue lupa pula nak ambik gambar menu,dan lupa pula  nama mee yang Kak Sue order tu,tapi satu daging dan satu ayam.Kalau ikut selera Kak Sue,lebih suka yang mee ada daging tu lebih pedas.Saiz mee dalam satu portion pun sikit je,dua kali suap dah licin dan harga semangkuk mee ialah rm1.90 aje.Air pula Kak Sue order teh ais seperti yang Bella suggest kan juga,boleh tahan...







Selesai menjamu selera,kita boleh print gambar tau kat depan ada tempat nak nak print gambar apa ke nama ntah,tapi kita kena post gambar yang kita ambil dan post ke Instagram dengan hashtag #boatnoodle dan #publika.Lepas tu dua,tiga minit kita pilih gambar kat skrin tv tu,kemudian klik print.Gigih Kak Sue print gambar semalam sebagai kenangan,nanti korang pun boleh la buat gitu ye sebagai kenangan yang korang pernah makan kat situ..sekian dulu kali nie..Papai!!




Post a Comment

3 Comments

  1. Replies
    1. bebila kalau free boleh la ajak husband pegi Nad.. :)

      Delete
  2. RM1.90...hihihi.. camtu kena beli bermangkuk-mangkuk laaa untuk srg makan..hihihiih...

    mcm sodap yooo...

    ceria2 ke blog elly ;)
    KEPERLUAN PROTEIN DALAM TUBUH

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️