Line YES Internet Pun Berjerebu

September 15, 2015

Assalamualaikum semua,macam mana hari nie keadaan jerebu kat tempat korang?Tempat Kak Sue di Bandar Tasik Puteri agak tebal jugak jerebu.Buka pintu dah macam berkabus dan bau asap yang agak kuat.Macam mana jerebu nya cuaca,begitu la line internet YES pun berjerebu..naik bebulu dah hatiku,seperti mahu di palu-palu modem YES ku iteww..wah dah macam pantun dah ye..ehehehe..
Sebenarnya masalah internet YES kat rumah Kak Sue nie,dah berlarutan tiga hari,dah tiga hari Kak Sue bersabooo hokay!!!Masuk hari nie,dah tak tahan sabo dah,tiap hari nak call,nak ulang benda yang sama dengan kredit abih..masalah tak selesai jugak!!Makanya hari nie,Kak Sue call lagi pagi tadi dalam nada suara yang kadang kala tinggi dan rendah,antara nak hilang sabo dan control sabo.Kata adik operator YES tu,Kak Sue kena ke YES Centre tukar modem,setelah dok mencuba la segala bagai cara.Jadi akak pun akan ikut la apa yang di cadangkan dan akak salute la kat awak sebab pandai mengawal keadaan,kemarahan dan ketidak sabaran hati akak nie dah.Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan awak ye dik..good job boy!!!(pinjam ayat Qhaliff jap ye bos)
Sampai je di YES Center cawangan The Store Sungai Buluh,Kak Sue pun bagi la penerangan dengan jayanya.Alhamdullilah,semua staff di situ sangat baik memberi layanan dan penerangan kepada Kak Sue.Lagi sekali,tak jadi nak maroh,dek sebab adik-adik kat situ memang pandai melayan pelanggan.Memang terbaik la staff YES nie,sebab so far Kak Sue berurusan memang tak ada la yang menyakitkan hati,cuma yang menyakitkan hati nya line YES nie lah,tetiba pulak tak berapa nak yes dah!!!Mereka cuba menyelesaikan masalah dan membuat report untuk Kak Sue.Jadi dalam dua,tiga hari bekerja Kak Sue akan tunggu tindakan dari pihak YES,kalau masih macam tu juga,maka Kak Sue akan terminate terus,takan la servis yang kita tak gunakan kita nak bayar..no way hokay!!Kita tunggu je la nanti ye..Papai!!!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. shad pakai yes 4g juge, hehehe.. setakat ni line masih YES lagi, hehee.. tapi pernah sekali, sebab tak bayar sampai dah 2 minggu lepas tarikh due date, nak on semula lepas bayar tu mau 3 hari jugak tak dapat line, asyik kelip2 biru je, hhee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shad..akak pun sebelum nie okay je,nie dah tiga hari..nak buat keje ssh..huhuhu..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.