Kebaikan Buah Kurma..

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsikan kebaikan buah kurma.Kebetulan padi tadi ternampak kawan share kebaikan buah kurma,jadi Kak Sue panjang-panjangkanlah agar ramai lebih tau kan.Sebenarnya kan,terdapat 1,450 jenis kurma di seluruh dunia dan kurma pilihan Kak Sue adalah kurma maryam,suka sangat!Buah kurma nie tak semestinya kita makan di bulan Ramadhan je,untuk makanan harian pun boleh jugak,antara makanan sunah nie tau.Tahu tak orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?haaa..menarik kan info nie..baca sampai habis ye..ehehe
Antara kelebihan kurma yang lain ialah sebiji kurma dapat membekalkan kita kalori yang cukup untuk aktiviti harian kita,sebab tu kalau bulan puasa memang Kak Sue amalkan sahur dan berbuka dengan kurma,memang tak rasa letih dan sentiasa bertenaga je..Setiap kurma mengandungi 318 kalori,setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu.Selain dari itu extrak kurma juga dapat mengubati kemandulan wanita,sabut kurma pula adalah pembersih paling baik bagi tubuh dan dapat melindungi dari penyakit-penyakit kulit.
Untuk kesihatan minda pula setiap hari kita boleh amalkan untuk anak-anak kita,setiap pagi kita bagi anak makan 3 biji kurma dan 3 biji lagi di cuci dulu,kemudian di rendam dengan air,lepas tu boleh di beri minum ke esokkannya.Manakala buah tu boleh la bagi anak kita makan.Tips nie kawan Kak Sue kongsi dari kem motivasi kat sekolah anak beliau.Boleh juga kalau nak cuba lagi satu tips iaitu setiap pagi minum susu campurkan kurma,nak blender pun boleh,bagus untuk minda.
Lagi satu,orang arab kan..depa minum susu campur kurma,sebab kalau cuaca panas ia akan menyejukkan badan dan bila cuaca sejuk ia dapat memanaskan badan.Banyak sebenarnya kelebihan kurma nie,sebab itu para angkasawan memilih makanan dan ubat paling penting untuk mereka adalah kurma.SubahanAllah,ciptaaan Allah memang menakjubkan kan..

Post a Comment

2 Comments

  1. suka gak makan kurma tapi selalu terlupa,tapiii kalau dah hadap 3 biji tak cukup hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sue kalau makan tu tak cukup kalau tiga biji kan..ehehe

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️