Bakso Kak Sue

Assalamualaikum,selamat pagi semua.Harap semua berada dalam keadaan sihat-sihat aja ye,sekarang nie musim jerebu.Membuatkan kita tak berapa sihat,sakit tekak,selsema dan batuk,banyak-banyak minum air dan pakai mask bila keluar rumah tu ye.Kalau boleh kurangkan lah aktiviti di luar.
Pagi-pagi macam biasa la,mesti memikirkan apa nak masak hari nie.Dalam keadaan musim orang tak sihat sekarang nie nak makan pun tak ada selerakan.Jadi hari ini Kak Sue nak kongsi resepi Bakso Kak Sue.Kalau badan tak sihat,elok makan sup-sup gini,bagi segar sikit badan kan.Okay lah jom kita tengok resepinya yang mudah dan ringkas cara Kak Sue.

Bakso Kak Sue
Bahan2nya:
600 gram daging
500 gram bebola daging
2 biji bawang besar *
4 biji bawang putih *
2 inci halia *
1 sup bunjut
1 liter air
sedikit lada hitam
sedikit lada putih
sedikit sayur-sayuran~ikut suka nak sayur apa


Cara2nya:
Rebus daging sehingga empuk dan lembut kemudian toskan daging,ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di kisar tadi
Biarkan sehingga naik bau,kemudian masukkan lada hitam dan lada putih
Masukkan air ke dalam periuk tadi dan biarkan medidih
Kemudian masukkan daging yang telah di potong kecil juga bebola daging
Biarkan seketika,kemudian boleh la masukkan pilihan sayur tadi,dah siap dah.

Mudahkan resepi cara Kak Sue,boleh la korang cuba hari nie untuk makan tengahri.Selamat mencuba..Papai!!

Post a Comment

3 Comments

  1. Salam khamis...
    Singgah pagi melawat kawasan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nieyl..tq sudi melawat kawasan ye ;)

      Delete
  2. jom join ga ni..

    hadiah rm200 menanti anda!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️