Sixth Sense Ibu

August 08, 2015

Assalamualaikum semua...Sixth Sense,merupakan satu perasaan yang tak dapat kita lafazkan atau gambarkan dengan kata-kata.Bagi seorang Ibu seperti Kak Sue dan ibu-ibu yang lain,pasti dapat merasakan situasi anak atau dapat membaca fikiran dan tindakan anak-anak mereka.Alhamdullilah Kak Sue bersyukur,sebagai Ibu Allah beri kelebihan pada Kak Sue dapat merasai setiap rasa yang ada pada anak-anak kesayangan Kak Sue.
Sixth Sense seorang Ibu sangat kuat sehingga kita dapat tahu kalau anak tengah bersedih,mengalami masalah atau berbohong dengan cara bahasa tubuh dan percakapan anak-anak saja.Sebab itu Kak Sue cepat je tangkap kalau tengok anak-anak dah lain macam aje,Kak Sue akan bertanya apa masalah dan cuba selesaikan serta pantau pergerakan anak-anak kalau Kak Sue rasa boleh menimbulkan masalah pada masa hadapan.Bak kata pepatah,biar kita menangis dulu,jangan kita menangis kemudian.Dah tak berguna dah..
Setiap tindakan yang kita buat,walaupun melukakan hati kita sendiri,membuat kita sedih,begitu juga anak-anak..adalah untuk kebaikan anak-anak kita juga selagi tidak melanggar hukum syarak.Membesarkan anak-anak pada peringkat remaja dan juga anak yang masih kecil memberikan kita cabaran dan kesabaran yang tinggi.Kita sebagai Ibu bapa kena pandai-pandai buat keputusan demi kebaikan anak kita.Kak Sue sentiasa berdoa,semoga anak-anak Kak Sue menjadi anak yang soleh dan solehah dan redha Kak Sue sentiasa bersama mereka dunia dan akhirat..aamiin!!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Aah..kita tak boleh sorok dengan mak. Sorok macam mana pun mesti mak tahu. Gerak hati mak pasti benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..mak dapat rasa,kelebihan Allah bagi pada mak :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.