Mood Nak ke Dapur Dah Datang

Assalamualaikum, hai semua. Lama betul Kak Sue tak masuk ke dapur. Bila ada apron baru dari Kelab Blogger Ben Ashaari terus Mood Nak Ke D...

Assalamualaikum, hai semua. Lama betul Kak Sue tak masuk ke dapur. Bila ada apron baru dari Kelab Blogger Ben Ashaari terus Mood Nak Ke Dapur Dah Datang.. amboi sangat kan! Sebenarnya apron nie pertama kali Kak Sue tengok di Facebook Che Mat Gebu. Terus rasa tertarik hati, apa lagi laju-laju Kak Sue order kat Angah. Kebetulan masa pergi KBBA Day Out kat Zoo Negara jumpa Angah, terus lah Kak Sue ambik apron tu. Balik rumah bila tengok apron tu seronok sangat. Cantik.. apalagi terus mood nak ke dapur dah datang..

Mood Nak Ke Dapur Dah Datang
Mood Nak Ke Dapur Dah Datang

Mood Nak ke Dapur Dah Datang

Bila mood nak ke dapur dah datang macam nie pepagi dah siapkan semua kerja rumah dulu. Sambil intai whatapps dan facebook kat handphone Kak Sue berkira-kira apalah nak masak hari nie. Masalah besar surirumah dan Mak kan, sampai tak ada idea dah nak masak kadang tu..

Akhirmya siap juga lah menu Kak Sue kali nie.. Gulai Ikan Masin Tumis Darat, Sayur Bayam Tumis Air, Ikan Goreng dan Cili Padi Kicap. Cukup dah semua tu, Abang Man dan anak-anak Kak Sue jenis suka menu ringkas atau masakan kampung macam nie. Janji mesti kena pedas..

Mood Nak Ke Dapur Dah Datang
Mood Nak Ke Dapur Dah Datang -Gulai Ikan Masin Tumis Darat
Mood Nak Ke Dapur Dah Datang
Mood Nak Ke Dapur Dah Datang
Harap dengan ada apron baru nie mood rajin nak masak tu sentiasa datang lah kan, hahaha! Kadang jemu juga tau asyik makan kat luar atau tapau lauk. Lebih sedap dan suka masak sendiri walau menu simple. Jumpa lagi nanti ya.. papai!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. tu diaaa..dapat dah apron..mood makin meningkat laa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahha..harap mood mantain rajin ye Yoorin.. :)

      Delete
    2. ahahahha..harap mood mantain rajin ye Yoorin.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.