KBBA Day Out di Zoo Negara..

August 23, 2015

Assalamualaikum...hari nie #kelabbloggerbenashaari (KBBA) bekerjasama dengan Zoo Negara menganjurkan KBBA Blogger Day Out.Seawal sembilan pagi kami semua perlu berkumpul untuk pendaftaran dan sedikit penerangan dari pihak Zoo Negara.Setelah di bahagikan kepada dua kumpulan kami bergerak masuk ke dalam Zoo Negara dengan di temani wakil dari pihak Zoo Negara.Program ini bertujuan untuk membawa semua blogger melihat sekitar zoo serta mempromosikan Zoo Negara pada orang ramai...sebelum masuk,kita bergambar dulu reramai..


*Pit Stop 1,kami di bawa melawat ke Butterfly Garden,di mana di kawasan taman ini terdapat berbagai jenis rama-rama dan di sediakan kawasan kita dapat melihat 'butterfly feeding table'.Kita dapat melihat rama-rama menghisap madu dari bunga dan cecair dari buah-buahan.Menarik kan...



*Pit Stop 2 pula kami di bawa ke Tunku Abdul Rahman Aqurium tak jauh dari Taman Rama-rama tadi.Di sini terdapat berbagai jenis ikan,anak-anak kecil la paling seronok sekali tengok ikan nie..pulak tu sejuk nyaman je dalam tu..ehehe..


*Pit Stop 3,kami ke Multi Animal Show pula,di sini kami di hiburkan dengan telatah haiwan-haiwan yang telah di latih,bijak betul keletah haiwan-haiwan tu.Di akhir pertunjukan pula pengunjung di benarkan untuk bergambar kenangan bersama haiwan yang telah membuat pertunjukan sebentar tadi.

Selepas selesai pertunjukan kami di minta menaiki 'tram' sambil wakil dari Zoo Negara memberi serba sikit info tentang haiwan yang berada di kawasan sekitar tempat kami lalui nak ke The Wild Restoran untuk makan tengahari di sana.Terima kasih The Wild Restoran kerana menaja makan tengahari kami..kenyang sangat..


Semasa kami sedang menjamu selera wakil dari pihak Zoo Negara memberikan sedikit ucapan dan juga wakil dari #KBBA Farah Waheda atas kerjasama dua pihak sebelum memulakan acara cabutan bertuah pula selepas itu.Tahniah ye kepada pemenang cabutan bertuah..

*Pit Stop 5,kami bergerak ke Muzium Madu yang terletak bersebelahan sahaja dengan The Wild Restoran tadi.Kami di beri serba sikit penerangan dan di beri peluang untuk melihat dan merasa madu yang di ambil terus dari sarang lebah yang terdapat di situ.Rasa masam-masam manis gitu,yang pasti original madu hokay..Ada kiosk juga yang menjual berbagai jenis madu bagi sesiapa yang berminat untuk di bawa pulang sebagai buah tangan.


Selepas itu kami semua ke Savanah Walk untuk melihat haiwan-haiwan kat situ.Kalau ikutkan memang seharian nak berjalan dalam Zoo nie,punya la besar dan bermacam jenis haiwan kat sini,ada lebih 5,500 haiwan dan 500 species!!Anak-anak la yang teruja sangat nak tengok kan..kat sini juga ada di sediakan pondok untuk berehat dan kiosk menjual makanan dan minuman ringan bagi menghilangkan lapar dan dahaga..penat kan kalau berjalan kaki tu..



*Pit stop 6,yang di tunggu-tunggu,Giant Panda Conservation Centre pulak.Sebelum di benarkan masuk kedalam GPCC kami semua di beri sekali lagi serba sedikit taklimat,apa yang boleh dan tidak boleh di buat bila masuk nanti.Tidak di benarkan membuat bising,makan dan minum dan tidak di benarkan flash kamera.Takut akan memberi gangguan kepada Panda katanya..Kami bertuah kerana hari nie ada di buat sambutan 9th Panda yang di beri nama Fu Wa,Happy Birthday Fu Wa!!Bagi meraikan hari jadi panda itu, pihak zoo juga telah memberikan tiket masuk percuma kepada pengunjung yang lahir pada 23 Ogos dan 3 September, namun ini tidak termasuk lawatan ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC)...kena tambah sikit la ye..









Jadi tamatlah lawatan kami #KBBA dan family ke Zoo Negara..Terima kasih kepada semua penaja Zoo Negara,Cosmoderm,FoodPanda,The Wild Restoran dan juga saudara Ben Ashaari dan Farah Waheda kerana memberi peluang untuk Kak Sue dan keluarga peluang yang berharga ini.Terima kasih sekali lagi untuk semua...papai!!







You Might Also Like

14 ulasan

  1. Replies
    1. seronok kan ramai2 berkumpul .. :)

      Delete
  2. wah..beramai-ramai ke sana..lagi lah meriah kn...bw dr www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah,meriah sgt,seronokk..tq ye sudi singgah.. :)

      Delete
  3. Seronok sangat2 semalamkan...lagi2 kita satu group..group tiger..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kan..kann..seronok sgt..ehehe

      Delete
  4. Sebelum ni tgk panda di tv atau gambar..rupanya tak sama tgk live. Best giler! !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Linda..teruja nak tgk Panda slam..

      Delete
  5. Replies
    1. kan nad..sampai nad keletihan dah jalan sana sini..tapi best sgt..

      Delete
  6. pengalaman yang sangat best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Mas dapat berkumpul dengan family besar kbba..

      Delete
  7. Best sangat...tp nk tgk panda lg kak sue..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan zatie..nanti pegi lagi zatie..ehehe..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.