Jamuan Raya Kak Sue 2015

August 15, 2015

Assalamualaikum semua,apa khabar hari nie?Terima kasih pada yang sudi datang ke rumah Kak Sue hari nie dan mintak maaf pada yang Kak Sue tak jemput atau terlepas pandang ye..Bebila nak datang rumah Kak Sue pun boleh,tak perlu tunggu ada apa-apa majlis atau jamuan raya pun boleh aje singgah..no hal punya,janji call dulu ye..Allahamdullilah majlis yang telah di rancang dua minggu lalu berjalan dengan lancar dan meriah,di penuhi dengan keluarga,kawan-kawan niaga,kawan yang di kenali di facebook,bloggers dan jiran-jiran..seronok sangat!!Walaupun hujan sekejap,tapi Alhamdullilah masih ramai kawan-kawan yang datang hingga lewat malam.Terima kasih semuaaa...

Alhamdullilah seawal pagi kami bergotong royong memasak bersama family Kak Sue,terima kasih pada Mak Mertua Kak Sue dan family,Mak Kak Sue,Abang Lan dan Ateh dan family yang bertungkus lumus menolong..Lauk pauk semua kami masak sendiri aje..masak dengan kasih sayang hokay..ehehee..


Antara menu simple kat rumah Kak Sue,..Lauk pauk kampung,Sayur Asam Pedas Keladi,Ikan Masin,Ikan Perkasam,Ayam Goreng,Sayur Goreng Campur,Kerabu Pegaga,Ulam ulaman,Sambal Belacan dan Sambal Tempoyak ..tak lupa jugak menu istimewa dari sayam Laila tokey Mee Udang D'Lalia Suppower yang sangat Ohsem!!!Sedap wei..bertambah makan nasi..Terima kasih sayam...



Selain menu Utama Kak Sue jugak menyediakan makanan sampingan lain..ada Nasi Impit Kuah Kacang,Laksa Batu Kurau,Rojak,kuah rojak tu homemade tau dari adik kesayang Kak Sue Ateh..Buah-buahan dan kuih muih ..







Tengok nie berselera tokey Mee Udang Laila makan dengan rakan blogger Mas Saari,bertambah selera makan dengan ulam..sedap katanya.Alhamdullilah seronok dengar..
Ini pulak Geng #Kelabbloggerbenashaari ..tak sangka ramai yang sudi datang terima kasih tau semua,kalau ada kekurangan ketika majlis berlangsung Kak Sue mintak maaf tau,maklum la dah ramai-ramai gitu tak sempat nak sembang lama-lama,lain kali datang la lagi ye..tapi sempat lagi kami bergambar ramai-ramai havoc gitu,jadi tumpuan kejap....hahahaha..
Terima Kasih jugak untuk Laila yang sudi datang dari Nilai,siap bawakkan Masak Lemak Tempoyak Petai lagi..susah-susah aje,lain kali bawak lagi..hahaha.. ;)
Ini BFF Kak Long kawasan #Kelabbloggerbenashaari dan merangkap kawan yang lama dah Kak Sue kenal melalui FB,Cik Puan Nurul Nadia..terima kasih datang ye Nad,tiap tahun datang rumah akak,jangan majok-majok tau,nanti cepat tuaaaa....hahaha.. :P
Terima Kasih jugak untuk tokey Nasi Lemak Sempoi sudi singgah walaupun busy,terima kasih ye Nim sudi singgah..dan kawan-kawan niaga yang lain,tak sempat nak bergambar semalam..maaf banyak-banyak tau..
Terima kasih sekali lagi pada semua yang sudi datang,Kak Sue mohon maaf sekali lagi andai ada layanan yang terlebih atau terkurang.Di harap tahun depan Kak Sue dan Abang Man di murahkan rezeki lagi untuk meraikan keluarga dan kawan-kawan seperti majlis yang tak seberapa ini,hari yang sangat memenatkan tapi happy tak ingat...Selamat Tinggal Syawal,Jumpa lagi tahun depan,Papai!!!

You Might Also Like

6 ulasan

  1. enjoy pergi umah kak sue smalam. makan sedap & dpt jumpa geng sekepala, mmg best! Lenkali jemput lagi yer kak sue ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Nani,alhamdullilah..kannnn,best jumpa geng semua,opkos ada rezeki pasti jemput lagi :)

      Delete
  2. salam singgah petang kak sue...wahhh...meriahnya rumah terbuka kak sue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Diana,ala buat jamuan biasa je di meriahkan oleh tetamu2..ehehe :)

      Delete
  3. meriah nya kak sue,.. yoorin x dan nak datang semalam...=( ralat jugak.. next time kalau dijemput insyaa Allah.. hehehe..ni baru jamuan raya, anak dara kak sue kawin nanti cmna laah agak nye dia punya meriah ekk..hehehe..gurau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Yoorin,InsyaAllah tahun depan umur panjang,murah rezeki akak buat jamuan lagi ye..hahahaha..itu la jiran kata,mcm kenduri kawin plk abg Man..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.