Doa kepada Ibu Bapa Kita

Assalamualaikum,selamat pagi semua,selamat bekerja dan selamat menjalankan rutin harian.Setiap hari kita sentiasa nak perbaiki diri kita agar lebih baik dari hari sebelumnya.Kita pasti nak berjaya dalam hidup kita kan..tapi kita jangan lupa tanpa doa ibu dan ayah kita dan doa kita kepada kedua ibu bapa kita, kita bukanlah siapa-siapa pun.Murkanya ibu ayah pada kita maka tak berkat lah hidup kita nanti..ingatlah keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah.
Walaupun kita tak berhubung selalu dengan ibubapa kita,sentiasalah kita mendoakan mereka setiap hari.Kak Sue pernah baca perkongsian dari Dato Fadzilah Kamsah setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada ibubapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu..dan berdasarkan hadith Nabi,"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan DOA kepada kedua orang tuanya dalam sehari"Semoga kita semua dapat perbaiki diri kita juga menjadi anak yang soleh dan solehah,dan semoga ibubapa kita sentiasa dalam rahmat Allah,aamiin!!

5 comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤