Cara Jemput Rezeki

Assalamualaikum semua..Teringat Kak Sue,masa tu kami niaga event di Shah Alam, ada satu masa tu datang la seorang hamba Allah nie bertanya,apa yang Abang Man amal orang ada je singgah gerai Abang Man?Ada amal apa-apa ke sebelum buka gerai?Jawab Abang Man,ada!Sebelum buka gerai baca la selawat kepada jujungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan ayat seribu dinar,niat kat hati kita nak cari rezeki yang halal untuk keluarga,jangan rasa iri hati dengan orang lain,sentiasa berlapang dada.InsyaAllah murah rezeki kita,terdiam hamba Allah tadi.
Selain dari cara yang kami selalu amalkan ini ketika berniaga ada cara lain yang kita boleh menjemput rezeki antaranya solat di awal waktu.Yang satu nie memang agak payah sikit nak mantain,sebab kadang tu suka terleka dan bertangguh,kadang awal,kadang lambat,Astrafirullahalazim!!Jangan di ikut ye,tapi InsyaAllah harap Kak Sue sekeluarga dapat memperbaiki diri dari masa ke semasa.Semoga Allah lapangkan hati dan jalan supaya Kak Sue sekeluarga dan kita semua sentiasa menjaga solat di awal waktu ye.
Solat Dhuha juga merupakan salah satu cara pembuka rezeki pada kita.Dari pengalaman Kak Sue sendiri apabila kita mengamalkan solat dhuha nie pasti ada je rezeki yang datang dan tak putus,InsyaAllah.Dan sentiasa merasa cukup je dengan rezeki yang ada.Alhamdullilah,sampai nak tinggal pun rasa sayang pula,kalau kita dah terbiasa kan..
Cara yang lain pula ialah bersedekah tanpa perlu mengharapkan apa-apa balasan dan bersedekah lah dengan ikhlas.Bersedekah ke rumah anak yatim atau masjid ketika singgah solat bila-bila masa atau ketika solat setiap jumaat pun boleh.Kadang orang nie berkira nak bersedekah pada hal,dengan bersedekah kita sebenarnya bukanlah mengurang kan duit atau harta kita malah menambah rezeki dan kekayaan kita.Jangan la risau ye,kalau tak percaya cuba la praktikan apa yang Kak Sue kongsi seperti pengalaman Kak Sue di atas korang mesti rasa kelainan nya nanti dalam rezeki korang.Selamat Beramal...

Post a Comment

6 Comments

  1. Good sharing kak sue. Moga dimurahkan rezeki kita, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. suka dengan kak sue.. tiap2 hari rajin kak sue bagi aura positif kat fb.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ye Yoorin sebab selalu baca n sudi singgah blog Kak Sue ye.. <3

      Delete
  3. Semoga kita sentiasa di kurniakan rezeki yang halal...terima kasih atas perkongsian ini kak sue...

    Diana follow sini #95

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin ..sama2,tq Diana sudi singgah sini ye..

      done follow back :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️