Bila Anak Meningkat Remaja

Assalamualaikum semua,Selamat ber open house atau berehat bersama keluarga di hujung minggu ye..Kak Sue nie kadang nak beraya ke rumah k...

Assalamualaikum semua,Selamat ber open house atau berehat bersama keluarga di hujung minggu ye..Kak Sue nie kadang nak beraya ke rumah kawan,anak-anak dah tak mau ikut dah.Mereka lebih suka dengan aktiviti sendiri di rumah,maklum lah dah meningkat remaja nie.Kadang serba salah juga di buatnya..nak tinggal mereka kat rumah risau pulak..
Bila anak meningkat remaja nie mereka lebih suka dengan aktiviti sendiri kita nie lah kena pandai pantau aktiviti anak-anak kita tu.Bagi diri Kak Sue dan suami lebih suka pendekatan sebagaikawan,lebih telus dan moden kepada anak-anak kami.Jadi mereka boleh berkongsi apa saja tanpa ada rasa takut atau nak berahsia dengan kami suami isteri.Pada masa yang sama masih ada rasa hormat pada kita sebagai parent dan kita telah serapkan asas agama sejak dari kecil,itu paling penting!!!
Bagi parent yang agak kurang rapat dengan anak-anak,kenalah mula dari kecil dan biasakan melayan mereka sebagai kawan dan mendengar setiap masalah yang mereka adukan ketika mereka perlukan kita.Kalau dah meningkat remaja baru kita nak rapat agak susah sikit sebab mereka dah mula ada kawan sebaya yang mereka fikir lebih memahami mereka.
Anak-anak adalah anugerah Allah yang perlu kita sayangi,didik dan jaga penuh kasih sayang.Kasih sayang tak dapat di beli dengan wang ringgit yang kita kejar selama nie,kasih sayang dan doa kita sebagai ibubapa yang akan menjadikan anak kita anak yang soleh dan solehah di dunia mahupun akhirat nanti.Doa anak-anak yang soleh yang akan menolong kita disana nanti.Kepada anak-anak Ibu,Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang semua.Redha dan doa Ibu hingga ke Jannah untuk anak-anak Ibu yang sangat Ibu sayangi..lebiu Mucho!!!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.