Anak Buat Perangai,Teguran Allah Pada Kita

August 03, 2015

Assalamualaikum semua,Selamat berkerja pada ibu-ibu yang berkerja.Ibu macam Kak Sue sebagai surirumah nie pun hari-hari bekerja,pendek kata..asal buka je mata..keje,keje,keje....Mana nak uruskan keje rumah,nak uruskan anak-anak.kalau kerja rumah tu Kak Sue tak hairan sangat pun,bab anak-anak nie yang kadang-kadang semput dada!!Sabar je la hati..
Kadang-kadang memang kerenah anak-anak nie mencabar sabar dan hati kita sebagai ibu bapa.Bagi Kak Sue,walau marah macam mana sekali pun dengan kerenah anak-anak kita perlu ambik jalan yang bijak.Antaranya nasihat sambil menerangkan kenapa anak-anak tak boleh buat begitu,menasihati dengan kasih sayang.Sambil kita cakap tu kita peluk dia,tanya kenapa dia buat dan kenapa salah tindakan macam tu,InsyAllah lembut hati anak tu nanti.
Kadang anak buat perangai,teguran Allah pada kita sebenarnya..ada yang tersalah di mana-mana yang kita tak sedar.Jadi cepat-cepat kita muhasabah diri kita dan keluarga kita kenapa jadi begitu.Kak Sue seboleh-bolehnya mengelak menitiskan air mata seandainya ada kerenah anak-anak yang menguris hati sebab Kak Sue tak nak anak dalam keadaan berdosa dan tak mendapat rahmat seorang Ibu.kak Sue sentiasa pujuk hati agar sentiasa redha dengan anak-anak.

Bukan la kata Kak sue nie seorang Ibu yang baik,kadang datang angin,ngamok jugak Kak Sue nie,tapi mungkin di didik oleh suami Kak Sue agar didik hati sentiasa redha dan ikhlaskan hati jadi Kak Sue memang sentiasa semat dalam hati agar sentiasa redhakan anak-anak walau apa kesalahan sekalipun.
Semoga kita sebagai ibu bapa sentiasa menjadi contoh yang baik utuk anak kita,meredhakan anak-anak kita,menasihati dengan kasih sayang,didik dengan asas agama sedari kecil.jangan terlalu membela anak-anak ketika mereka membuat kesalahan..memberi makan dengan rezeki yang berkat.InsyaAllah selamat keluarga kita dunia dan akhirat..aamiin Ya rab..

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Selalu terbabas jd raksaksa bila anak buat perangai huhu... Pastu menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang...kadang-kadang Kak Sue pun macam tu Nani..

      Delete
  2. kak sue.. zizie xde anak lagi.. tapi, kekadang mengamuk gak bila anak2 sedara buat perangai.. tapi xleh over la.. nnt kena ngamuk dgn mak2 dorang lak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha Zizie,itulah kdg memang hilang sabar kan..ala bukan org lain yg tego kan..hihihi..

      Delete
  3. Allah nak uji sejauh mana kita boleh sbr dgn anak2..hrp dpt jd ibu yg penyabar.ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nurul..harap kita dapat jadi ibu yang sabar..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.