Adik Dah Besar

Assalamualaikum semua..Kadang-kadang rasa masa begitu cepat berlalu kan.Tahu-tahu anak kita dah besar dah semua.Masa raya baru-baru nie,anak bongsu Kak Sue teruja nak join aktiviti baraan.Kadang nak pantau pergerakan dia tu,terjerit Kak Sue panggil nama dia yang dah terbiasa dengan panggilan manja,kadang panggil Adik,kadang panggil Anje ja..sebab manja sangat kan..ehehe..
Antara bualan Kak Sue dengan Adik yang membuatkan Kak Sue tersedar dah besar dah Adik..rupanya..tak sedar Ibu..
Ibu : Anjeee..bebaik nanti jatuh..
Adik: Ibu nie,jangan lah panggil adik macam tu,adik malu lah..panggil depan kawan-kawan adik macam tu Ibu..sambil bercakap dengan nada berbisik...
Ibu: Abis Ibu nak panggil apa...,adik?
Adik: Itu pun jangan,adik malu la..adik dah besar..panggil Faris aje..
Ibu : Okay lah..hihihi.. (dalam hati dah besar dah adik nie)
Semoga Adik,Abang dan Kakak membesar dengan cemerlang dunia dan akhirat dan menjadi anak-anak yang soleh serta baik akhlaknya..aamiin Ya rab..Sayang semua hingga ke Jannah!!


Post a Comment

0 Comments