Puding Malasan

July 31, 2015

Assalamualaikum semua,Selamat petang..Dalam bulan syawal nie,setiap minggu ada je orang buat 'open house' kan,Kak Sue sendiri berderet-deret jemputan open house dan kenduri,tak tau mana satu nak pergi sebab ada yang bertindih hari.Kak Sue pun belum buat lagi open house kat rumah Kak Sue,tapi sesapa yang nak datang pintu rumah Kak Sue sentiasa open je..ehehehe..Okaylah bersempena dengan open house di bulan syawal nie,Kak Sue nak share cara nak buat Puding Malasan,kemahin nama kauuuuu...mudah,cepat dan sedap!!
Nama puding pun lain macam je ye..sebut betui-betui hokay!!miahahahaha..kang lain pulak bunyinya.Puding nie sebenarnya idea dari kakak ipar kesayangan Kak Sue,Kak Jam.Hari tu masa pergi beraya di rumah beliau,Kak Jam menjamu kami dengan Laksa Utara dan Puding Malasan nie.Nak tau tak macam mana dapat nama Puding Malasan?Puding nie sebenarnya untuk orang yang nak cepat dan mudah, dan juga malas..hahahaa..tak payah masak apa pun sebenarnya,tau-tau udah siap.Itu yang dapat nama Puding Malasan tu,hihihi,..Tanpa membuang masa jom la kita tengok cara nak membuat nya ye..

 Bahan2nya:


Satu bekas ceri dan puding perasa manggo jenama cocon,jenama lain kata Kak Jam is lembik sikit.Ada tiga size puding nie,dan yang Kak Sue share kat sini yang paling kecil.

Satu tin buah peach dan satu tin susu cair jenama F&N,pun kata Kak Jam jenama susu nie is sedap sikit.kalau korang nak guna jenama lain pun boley,no problemmm...

Cara2nya:
Keluarkan puding mangga tadi,kemudian masukkan ke dalam pinggan atau mangkuk
Potong buah peach mengikut kesukaan masing-masing,dan susun ikut kreativiti korang la ye.Sebenarnya guna buah lain pun boleh,tapi Kak Sue rasa lebih sesuai pakai buah peach nie sebab dia masam lawan dengan manis baru la ngam rasanya.
Kemudian boleh la hiaskan dengan ceri merah,pun ikut kreativiti korang nak hias macam mana ikut suka hati.Akhir sekali tuang aje susu cair tu kat atas puding tadi,dahhh siappp!!

Taraaaaaa...haaa,siap dah Puding Malasan kita,mudah..cepat dan sedap!!Lebih sedap di makan sejuk,sekali rasa pasti nak lagi,ewahhh!Sesuai untuk sebarang majlis,tak payah susah-susah kan nak masak bagai..selamat mencuba semua..Papai!!

You Might Also Like

6 ulasan

  1. hahahaaa mmg cam malas jer cara buat dia.. senang sangat!

    ReplyDelete
  2. hahahahaha..senang kan kl tetiba tetamu datang boleh la buatkan..

    ReplyDelete
  3. hihi..senang betul..main susun-susun dan tuang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tu yang dapat nama Puding Malasan tu..

      Delete
  4. Senang nya....!! Tapi nape macam malas nak bikin??
    Hehee
    Nak tunggu Kak Sue buatkan utk Nina masa open house nanti. Ngeee~

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.