Pekan Selasa,Batu Kurau Best..!!

July 14, 2015

Assalamualaikum semua,pagi tadi awal-awal lagi,Kak Sue dah bersiap nak ke Pekan Selasa kat kampung Kak Sue nie.Setiap kali balik ke kampung Kak Sue ke Batu Kurau,sebolehnya Kak Sue plan mesti balik pada hari isnin,sebab teruja nak ke sini esoknya.Pekan Selasa ialah pekan sehari,yang di buat pada hari selasa,dan waktu pagi,juga merupakan sehari tertua di negeri Perak,bangga baq anq...Bermacam jualan yang di jual disini,dari barangan basah hingga lah ke kain baju,makanan,barang hiasan rumah dan bermacam lagi.Part yang paling Kak Sue suka ialah tempat menjual ulam-ulaman.Kalau ke sini memang teruja gila,semua ulam Kak Sue nak borong,harganya pun sangat murah.

Selain itu,di sini ada menjual ikan kedera masin yang pada pengetahuan Kak Sue susah nak dapat seperti yang ada kat Pekan Selasa nie.Ikan nya besar,bersih dan nampak segar.Kalau balik sini,confirm la borong buat stok balik ke rumah Kak Sue..

Bersempena nak raya tak lama lagi,jadi hari nie,ramai peniaga yang datang menjual kuih raya.Baik kuih raya moden atau tradisonal.Meriah betul..

Hari nie merupakan selasa terakhir sebelum kita sambut raya,memang crowded la sikit.Tempat jual ikan pun penuh,nak hulur tangan pun susah..Sana,sini penuh orang dok memborong ikan,maklum lah dah hampir kita nak sambut raya nie mesti anak cucu,sedara mara sudah pulang berkumpul di kampung kan..jadi tentulah nak menjamu selera para tetamu.

Dah dapat apa yang Kak Sue cari,bergerak la balik ke rumah mak Kak Sue ..dekat je dengan Pekan Selasa nie.Kadang siap berulang datang ke sini,dua,tiga kali.Rumah Mak Kak Sue belakang Pekan Selasa nie je,,sapa yang datang ke sini,silalah singgah rumah Kak Sue sekali ye..ehehe..Jumpa lagi,Papai!!!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. ooo ingat rabu je ada pekan.. selasa pun ada ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...ha ah Nizam,kalau kat Langkap,Teluk Intan ada pasar rabu pulak..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.