Jom Kemas Rumah Nak Raya Dah

Assalamualaikum semua kawan-kawan dan pengunjung Blog Kak Sue yang di sayangi.Dah start kemas rumah?Kak Sue nak bersihkan kipas,tukar langsir,mop rumah dan memacam lagi lah,banyak gile kerja nak buat..mood ngemas tu datang separuh-separuh je,ahahaha..ada pulak ye mood datang separuh gituuu..malam tadi gigih la dok mop..bersihkan mana yang patut,dah nak sahur baru siap..macam nak patah belakang rasanya,punya penat..huhuhu..





Kak Sue memang akan memastikan rumah Kak Sue sentiasa kemas dan bersih,lagipun tu kan lambang peribadi kita.Memang dah terbiasa dari anak dara didikan dari mak dan abah,sentiasa pastikan rumah kemas dan bersih,tak kira la hari raya atau hari biasa.Apa guna rumah besar dan cantik tapi macam tong pecah aje kan,malu la kalau orang datang.Lagi satu bab bilik air dan dapur memang Kak Sue titik beratkan jugak,sebab kat situ lah orang tau tahap kebersihan kita.Anak-anak Kak Sue pun dah terbiasa dari kecil,kalau tandas kotor,jangan harap la depa nak masuk sanggup tunggu sampai balik ke rumah,haaaa gitu koo!!Nak raya nie,anak-anak lah yang paling teruja,seronok nak tolong kemas dan deco rumah.Alhamdullilah semua dah selesai,nanti tinggal nak packing baju je,nak balik kampung.Di kesempatan ini Kak Sue ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa pada semua kawan-kawan dan keluarga,halalkan segala makan dan minum Kak Sue sekeluarga ye,Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin..Kosong~Kosong!!







2 comments

  1. Cantiknya kak su kemas rumah , kemas sangat.Selamat hari raya adilfitri maaf zahir dan batin kak su . Balik kuala kurau jemput la dtg rumah dekt Gunung Semanggol <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ain..Kak Sue balik Batu Kurau Ain..meh la umah mak akak jugak ye.. <3

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤