Jom Singgah Ke Karnival Mega Raya Di Shah Alam

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue jalan-jalan ke Karnival Mega Raya di Stadium Malawati Shah Alam,punya lah ramai manusia!!Kebetulan ada game bola pulak semalam kat Stadium Bolasepak tu,patutlah penuh parking semua.Kak Sue pergi semalam sambil-sambil nak hantar Pati Kelapa Laut & Kedondong Asam Boi MAN JAVA area Shah Alam,kebetulan anak dara Kak Sue nak kesana cari tudung..Rasa macam tak sanggupnya nak redah lautan manusia tu tapi demi anak dara kesayangan,layankan lah aje..nak berjalan pun berhimpit-himpit baq hanggg...Maklum lah menghimpunkan lebih daripada 600 vendor dan ratusan jenama,pilih aje yang mana menjadi pilihan hati..ada bermacam pilihan kat situ antaranya tudung,beg,pakaian,kasut,biskut raya dan bermacam lagi..

Ini je beberapa gambar yang sempat Kak Sue snap..is tak dan nak ambik banyak-banyak dengan orang yang lalu lalang..ehehe

Kat luar Stadium pun ada juga buat bermacam jualan,dan ada juga menjual makanan dan minuman.Boleh la hilangkan dahaga dan perut yang lapar selepas penat shoping tu ye..

Ini aje yang Kak Sue dan anak dara beli,tak sanggup dah nak berhimpitan dan bersesakan lagi..tapi nak habaq bagi biskut raya dari Kiah Propa tu memang sedap tau,tak rugi kita beli..percayalahhh!!Hamboi sakan promote ye..ahahahaha..Jangan lepaskan peluang bersama Karnival Mega Raya selama dua hari 4&5 Julai,dari 10.00 pagi hingga ke 12.00 malam,bagi yang nak mencari kelengkapan diri ataupun untuk family.Maklumlah tak lama lagi kita dah nak menyambut hari raya kan.. Apa tunggu lagi,jommm singgah beramai-ramai...


Post a Comment

0 Comments