Cuti-Cuti Ke Pulau Pinang | #throwback

Assalamualaikum semua,jom kita bercerita pasal cuti-cuti lagi..Kali nie Kak Sue nak bercerita percutian Kak Sue ke Pulau Pinang pula.Dalam beberapa tahun ke belakangan nie,selepas je habis  beraya samada kampung Abang Man atau Kak Sue,Abang akan mengajak kami sekeluarga pergi bercuti merehatkan badan.Maklum lah bulan puasa tu,dah berkerja keras,hari-hari niaga dengan tak cukup tidurnya,jadi selepas raya Abang Man akan pilih la destinasi untuk bercuti.Tahun lepas kami sekeluarga sepakat nak bercuti ke Penang memandangkan dah dekat dengan kampung Kak Sue,Batu Kurau,Taping,Perak.Selesai je beraya dengan family dan sanak saudara kami pun bersiap lah untuk bercuti.Kali nie Kak Sue ke sana melalui Jambatan Kedua Sultan Abdul Halim ...agak sunyi la ikut jalan sini tak berapa banyak kereta...tenang sikit perjalanan..

Sesampai je kat pulau,kami pun melilau la cari hotel untuk penginapan beberapa hari kat sana dan mengambil keputusan untuk menginap di Flamingo Hotel seperti yang telah di cadangkan oleh kawan Abang Man,setelah kami dok kesana sini..penat dah pun.Lapar pun ye,jadi kami keluar la ke Kota Batu Ferenggi kalau tak silap Kak Sue lah namanya,selepas letak beg dan barang-barang kat bilik hotel...macam-macam pilihan menu makanan kat situ,pilih je..tapi Kak Sue tertarik dengan rojak pasemburnya..peniaga tu serve customer sambil menari-nari sambil di iringi lagu hindustan gitu,menarik habaq ang...ehehehe..
Esoknya sebelum keluar bersiar-siar kami sarapan dulu di hotel..anak-anak pun nak mandi manda dulu..kasi depa can main air dulu puas-puas..






Lepas bersarapan Kak Sue dan family melawat Padang Kota Lama dan teruskan misi untuk mencari lukisan mural di Art Street ..jenuh jugak nak mencarinya,rupanya lukisan Art Street nie merata-rata kat celah-celah dan kat lorong-lorong kedai.Penat la juga kaki nie..tapi dah alang-alang datang sini hakak gigihkanlah diri ini..ehehe..malam tido kaki is berdenyut-denyut gituuu..






Esoknya,selepas menikmati makan tengahari Kak Sue dan family bergerak ke Rumah P.Ramlee dan Bukit Bendera pula..sebelum kami balik ke Rawang,ramai gila manusia kat Bukit Bendera,maklumlah cuti perayaan kan..panjang beraturnya..





Sebenarnya banyak tempat lagi yang Kak Sue tak dapat pergi sebab asyik sesat,lepas tu jamed je sana sini..sampai Abang Man cakap letih dan fed up dah nak jalan-jalan,kesian la kekasih hati hakak itu...Next time akan datang ke sini lagi..Time balik pulak kami ambik keputusan nak naik Ferri je...saja bagi anak-anak merasa macam mana feeling naik ferri..haa giteww,dan kami sempat singgah ke Kedai Jeruk Pak Ali yang terkenal tu..apa lagi boronggg sakan lah...hahaha..sehingga bertemu lagi dia lain masa dan percutian Kak Sue yang lain ye kawan-kawan..Papai!!





Post a Comment

3 Comments

  1. dah lama tak pi penang.. last pi pun masa bujang dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang sebok mas jalan nya..jamed sana sini..

      Delete
    2. sekarang sebok mas jalan nya..jamed sana sini..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️