~Bengkel Kereta Murah Di Rawang~

July 11, 2015

Assalamualaikum semua,lagi beberapa hari kita semua akan menyambut hari raya.Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman pastikan kereta korang dah di hantar servis dan tukar apa yang patut untuk perjalanan yang jauh,supaya tak menimbulkan masalah dalam perjalanan nanti.Semalam Abang Man sempat mencuri masa menghantar kereta kami untuk servis minyak hitam, servis ekon,gasket engine,oli filter dan plug.Dan sebelum ke bengkel tu,Abang Man dah buat temujanji dulu dengan pemilik bengkel iaitu saudara Zali, jadi tak payah la menunggu lama sangat kan..

Abang Man sebenarnya di kenalkan oleh kawan pada bengkel  saudara Zali nie,terima kasih ye Bob.Kita cuma perlu beli barang dan bayar upah sahaja untuk perkhidmatan yang di berikan.Mungkin kawan-kawan jadi beliau tak berkira,tak tau lah kalau dengan customer lain kan.Perkhidmatan nya amat memuashatikan hati menurut kata Abang Man kerana bagus dan cekap,harga upahnya pun murah.Jika kawan-kawan ada masalah dengan kereta,Kak Sue syorkan ke bengkel ini yang terletak di Sungai Dua,Taman Pelangi,Rawang,korang mesti berpuashati,Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki untuk saudara Zali,beliau boleh di hubungi melalui no tel iaitu 012 3695497.Jom support mekanik melayu...

You Might Also Like

10 ulasan

  1. walaupun duk jauh dari rawang.. entri ni bagus betul utk ingtakan saya yg baru nak servis kreta esok hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Nizam,tu lah baik betul owner bengkel nie..selalu raya mesti tekan harga kan..

      Delete
  2. itu yg kita nak kan..
    harga murah tp servis tip top

    ReplyDelete
  3. thank u sebab promote bengkel ayah saya :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Awak call nombor hp tu ye,saya pun tak pasti nama bengkel tu sebab suami yang pergi sana..

      Delete
  5. Replies
    1. Contact number ada kat atas ya..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.