Sambal Sotong Simple

By Kak Sue - June 25, 2015

Assalamualaikum semua,hari nie baru lah mood untuk memasak datang kembali,ewah gitu!!Dah tak ada idea dah nak masak apa,akhirnya fikir punya fikir masak Sambal Sotong Simple lah untuk menu berbuka hari nie.memula ingat nak buat Sotong Percik tapi nak kejar masa sebab balik pun dah lewat petang tadi,selepas beli barang dapur dan menghantar tempahan baju raya.Nanti nak pergi niaga pula kan,jadi lelaju lah Kak Sue masuk dapur,kita masak Sambal Sotong aje lah kali nie,nanti kita cuba resepi Sotong Percik pula,InsyaAllah..Seperti biasa jom le kita nengok resepinya jom...

Sambal Sotong Simple
Resepi :Kak Sue

Bahan2nya:
8 ekor sotong sederhana besar~di potong bulat2,di cuci dan di tos,ketepikan
1 1/2 biji bawang besar~ di kisar
4 biji bawang putih~ di kisar
1 inci halia~ di kisar
1 bekas cili kering ADABI
2 sudu sos lada hitam
1 sudu gula
1 keping asam keping
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar~di potong bulat-bulat

Cara2nya:
Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau
Masukkan cili kering,biarkan sehingga cili masak dan berkilat
Masukkan gula,asam keping dan sos lada hitam,kacau biarkan mendidih 
Kemudian masukkan sotong,kacau dan biarkan mendidih sebentar
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan bawang yang di potong bulat-bulat tadi,kacau sehingga bergaul mesra..dah pun siap..

~Mudah je kan..Selamat mencuba kawan-kawan,Papai!!~

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤