Musim Durian Kembali lagi

June 14, 2015

Assalamualaikum,apa khabar semua..bertemu lagi kita..dah tak berapa hari lagi anak-anak akan bersekolah seperti biasa.Tamat lah cuti sekolah bermula esok ye,mesti anak-anak rasa malas je kan....Kesempatan berbaki sikit lagi hari,semalam Kak Sue dan family berpeluang pulang ke kampung mertua di Langkap,Perak.Lagi pun dah alang-alang hantar Pati Kelapa Laut Man Java ke Perak terus la singgah bermalam sehari kat kampung kan sambil melawat family mertua.Kebetulan nak jadi rezeki Kak Sue sekeluarga rupanya dah musim durian kat kampung...Langkah kanan rupanya..apalagi tak menahan dah anak dara Kak Sue yang seorang tu,memang dah lama mengidam nak makan durian kampung..is serangggggg lahhh..hahahaha..


Menurut kata adik ipar Kak Sue,kali nie durian tak berapa banyak yang menjadi..ada yang belum masak dah luruh dah,gangguan kera katanya..takut hakak aih ada kera la pulak..stok untuk makan keluarga je boleh..jadi la kan pada tak ada langsung..Alhamdullilah..
Dah lepas sakan makan durian untuk elakkan badan panas boleh cuba petua nie.Petua orang tua-tua dedulu,kalau lepas makan durian dan nak elak dari badan kita jangan jadi panas,minum air dalam kulit durian tu,InsyaAllah badan takan panas pun..semalam Kak Sue cuba cara tu,anak-anak pelik je tengok,risau jugak kang malam jenuh pasang kipas no lima la pulak..ehehe..nanti petang sikit kita sambung makan durian lagi hokay,jangan jelessss!!...papai!!


You Might Also Like

3 ulasan

  1. kak sue... nak jugak... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. meh la zizie umah akak ada sikit nie...

    ReplyDelete
  3. meh la zizie umah akak ada sikit nie...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.