Masak Lemak Udang dan Kacang Buncis

June 23, 2015

Assalamualaikum semua..Hari nie masak apa untuk berbuka..?Kadang sampai kering idea dah di buatnya kan nak masak apa untuk berbuka kan.Di sebabkan kami sekeluarga suka makan kacang buncis dan suka makan sayur,jadi hari nie Kak Sue pikir nak masak  Masak Lemak Udang dan Kacang Buncis je untuk berbuka hari nie.Kak Sue harap tahun nie Kak Sue dapat menyediakan menu berbuka untuk keluarga Kak Sue setiap hari.Walaupun agak penat,sebab lepas masak je,nak kena pergi tolong Abang Man niaga pulak tapi puashati tengok mereka semua makan hasil air tangan Kak Sue sendiri,seronok sangat tengok anak-anak makan bertambah-tambah.Rasa hilang segala penat lelah..Okay lah seperti biasa jom lah kita terus tengok resepinya ye..

Masak Lemak Udang dan Kacang Buncis
Resepi :Kak Sue

Bahan2nya:
500 gram Udang sederhana besar
200 gram kacang buncis
1 batang lobak merah~potong memanjang
1 1/2 biji bawang besar~di kisar
4 biji bawang putih~di kisar
1 inci halia~di kisar
12 biji cili padi~di kisar
1 keping asam keping
1 batang serai
1 kotak santan KARA
1 1/2 cawan air
garam secukup rasa

Cara2nya:
Cuci dan toskan udang,ketepikan
Potong kacang buncis menyerong
Masukan bahan yang di kisar kedalam periuk
Kemudian masukkan santan KARA tadi,asam keping,serai dan tambah air
Masak diatas api yang perlahan sehingga mendidih~kacau je supaya tak pecah minyak santan tu ye..
Kemudian boleh lah masukkan udang dan lobak merah,bila udang dan lobak merah dah masak baru masukkan kacang buncis pula..
Akhir sekali boleh lah masukkan garam secukup rasa,dah pun siap..

~Selamat Mencuba Semua..Papai!!~

You Might Also Like

4 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.