Jalan-jalan Ke Kaison dan Romantika..

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue dan Abang Man ada kelapangan masa sikit,jadi hari nie dapat le Kak Sue bawak tetamu Kak Sue iaitu adik Kak Sue yang datang bercuti ke rumah Kak Sue bersempena Cuti Sekolah kali nie, pegi jalan-jalan cuci mata ke Kaison,Pradigm Petaling Jaya,kebetulan Kak Sue nak cari wall paper nak letak kat dapur Kak Sue tu..sambil cuci-cuci mata boleh la bawak mereka pusing-pusing kat mall tu kan..Kepada mereka yang memang suka mendeco rumah,tempat macam nie memang sesuai la sangat..Wall paper kat sini cantik-cantik dan harga pun boleh tahan le,tak ada la mahal sangat..selain tu ada bermacam lagi barang deco rumah,antaranya..carpet,langsir,pasu bunga,jam,bantal-bantal comel dan lampu kertas yang bentuk bulat tu pun ada..murah pulak tu..anak dara kak Sue sambar satu yang lampu bulat tu..








Selepas dah abis pilih barang mana yang berkenan,kami semua bergerak ke Romantika,Plaza Alam Sentrall pula,nak tengok hiasan bunga-bungaan dan pilihan gambar yang lebih menarik dan murah kat situ.Kak Sue selalu jugak lah datang beli barang kat sini..kalau datang sini memang rambang mata di buatnya.Kat sini pun sakan jugak dok memilih gambar yang menarik dan lain dari yang lain..dah puas memilih ke hulu ke hilir dan dah jumpa pilihan hati terus le pergi kauntert nak buat bayaran.Tak boleh lelama kat sini,kang semua nak di hangkutnya ehehee..Pada yang suka dengan deco rumah memang Kak Sue suggest datang ke dua-dua tempat nie,memang sangat berpuashati...

Post a Comment

0 Comments