Tempoyak Ikan Bilis Petai - Menu Berbuka Puasa..

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi yang mudah dan ringkas untuk kawan-kawan sediakan untuk menu berbuka puasa.Maklumlah bulan puasa nie kita selalu nak cepat kan,masa tu cam suntuk je.Bagi ibu-ibu yang berkerja tu boleh lah cuba resepi nie sebab memang mudah,sempatlah balik keje tu nak masak kejap.Lagi pun bulan posa nie nak makan pun tak berapa ada selera kan,jadi resepi nie tentu menambah selera family kita.Sebenarnya resepi nie dah banyak kali dah Kak Sue masak dan merupakan resepi kegemaran family Kak Sue..Okaylah jom kita tengok resepi Tempoyak Ikan Bilis Petai

Tempoyak Ikan Bilis Petai
Resepi asal~Nurul Nadia
Bahan2nya:(kata Nad bahan ikut suka berapa banyak yang kita suka..)
Ikan Bilis~di kopek,di basuh dan di goreng garing
Petai~di belah dua
Tempoyak~lagi banyak lagi sedap
1 ulas Bawang besar~di kisar
3 ulas  bawang putih (Kak Sue tambah)~di kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar Santan
Minyak untuk menumis dan garam secukop rasa

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di kisar sehingga naik bau
Masukkan tempoyak dan kunyit dan kacau sekejap
Masukkan petai,cili padi dan santan
Kemudian gaul masakan tadi hingga bergaul mesra,kalau rasa pekat tu boleh la tambah air sikit ye..
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa,dan bila mendidih tu baru masukkan ikan bilis yang dah di goreng tadi ye.dah siap dah..Mudahkan,selamat mencuba...Papai!!

4 comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤