Cuti-Cuti Ke Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut

June 30, 2015

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak bercerita percutian sehari Kak Sue dan family di Swiss Garden Goft Resort & Spa Damai Laut ..sebenarnya kebetulan kawan Kak Sue ada buat family day dan ajak join sekali.Kebetulan cuti sekolah dan Abang Man pun nak merahatkan diri jadi kami pun join aje lah..Kalau korang nak menginap kat sini,korang boleh pilih tiga jenis penginapan samada apartment,villa ataupun hotel.Untuk percutian kali ini Kak Sue pilih hotel je mengadap ke laut gitew..taraaaa..cantik kan..


Lokasi Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut nie agak ke dalam tempatnya,jalan nak ke sana di kelilingi pokok-pokok sawit dan hutan,kalau nak keluar lewat malam tu cam takut jugak la..ehehe..tapi kalau korang yg suka privacy..senyap dan sunyi sesuai la sangat tempat nie..tenang je...



Kak Sue kalau nak sewa hotel mesti nak cari yang ada kolam.Nasib baik sini ada dua kolam besar,cantik pulak tu kolam nya..Selain kolam,hotel ini ada juga menyediakan restoran dan bar,kedai serbanika,sukan outdoor,kemudahan sauna,spa,gym dan pusat game kanak-kanak.Pendek kata macam-macam ada lah kat sini..tak payah nak ke tempat lain dah..
Pagi tu bersarapan kat sini,bermacam menu tersedia,lepas sarapan boleh la terjun kolam,anak-anak semua dah tak sabar dah nie..
Sakan semua mandi manda sebelum check out..seronok gila anak-anak Kak Sue..Ibu pun ikut join sekali..sekali sekala kan..




Walau sehari je bercuti kat sini,tapi anak-anak Kak Sue seronok sangat dapat mandi manda sakan dan Abang Man pun dapat la merehatkan badan setelah penat berniaga tu kan..InsyaAllah kalau ada kesempatan pasti akan datang sini lagi..Jumpa lagi semua..Papai!!

You Might Also Like

10 ulasan

  1. Replies
    1. best kat sini Anil..nanti ingat nak pergi lagi.. ;)

      Delete
  2. Wah, bestnya! Tak sangka pulak tempatnya cantik, sebab husband cakap jalan ke hotel ni agak sunyi dan lenggang,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Nurul jalan nak ke sana mmg agak sunyi dan lengang tapi tempatnya cantik..sesuai untuk tenagkan hati..ehehe..

      Delete
  3. berswimming pool dengan family ;')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..seronok juga sesekali ;)

      Delete
  4. Seronoknya dapat jalan2. Tempat dia pun cantik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sekali sekala Ain..ehehe..

      Delete
  5. kalau nak dapatkan bilik murah di swiss garden resort boleh contact sy ye 0129755310. sy tolong book tapi kena awal2 la. sebulan sebelum date.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.