Cuti-Cuti Ke Pulau Langkawi

June 26, 2015

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak berkongsi percutian Kak Sue dan family selama tiga hari dua malam ke Pulau Langkawi.Kak Sue bertolak dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada sebelah pagi,senang kan nanti nak cari tempat untuk menginap dan kereta,tapi sebelum tu Kak Sue singgah ke Restoran Laksa Kak Su yang terkenal tu,nama sama kan..ehehee,saje la nak rasa laksa Kuala Perlis.Tak lupa juga Kak Sue berkesempatan merasa pulut panggang kat situ,memang sedap,siap Kak Sue tapau lagi tu..




Sampai aje kat pulau ingatkan ada orang datang jemput atau guide kita pergi tempat penginapan.Rupanya call je ambik kereta yang kita dah booking tu,cari sendiri tempat yang kita nak tinggal tu.Agak mengecewakan la tempat yang Kak Sue sewa tu,indah khabar dari rupa.Nak tak nak terpaksa la jugak dok situ,dah bayar kan.Dah la cuti sekolah full semua tempat..sabar je la...

Tempat yang di nanti-nantikan nak pergi sejak mula sampai ke Pulau Langkawi Idaman Suri
Tak lupa juga Haji Ismail Group Mall..rambang mata tengok coklat dan pinggan mangkuk wei..

Kak Sue dan family sempat juga mengunjungi Makam Mahsuri,Cable Car dan UnderWater World


Telaga dan Makam Mahsuri
Rumah sekitar Makam Mahsuri..suka sangat tengok rumah lama nie


Sebelum ke tempat lain kita pekena Ais Krim Kelapa dulu..sedap gilaaaa...
Telaga Air Hangat..rendam-rendam kaki jap kat sini..
Singgah ke UnderWater World..boleh la melayan kehendak anak bongsu Kak Sue..tak ada yang menarik..biasa-biasa je..
Singgah juga Cable Car..tapi hakak is tak mo naik..gayat hokay..

Makan malam di Restoran Bambo Langkawi,boleh tahan la..tempatnya mengadap ke laut.Nak ambik gambar pun tak sempat,dah la cuak lantai nya bergoyang-goyang sebab terapung..ehehee..
Sebelum balik kita bergambar dulu di Dataran Lang..

Masa datang bawa tiga beg,bila balik tambah lagi tiga beg..tu pun nasib baik dah tak tau nak letak barang celah mana dah..
Pada Kak Sue Langkawi merupakan percutian yang paling best Kak Sue pergi dengan family Kak Sue sebab boleh sakan shoping coklat dan barangan rumah.Dari segi makanannya pula murah dan sedap serta berbagai pilihan.Ada duty free boleh shoping sakannn!!Rambang mata di buatnya..kalau boleh semua nak di angkutnya..Okay lah setakat ini saja kali nie jumpa lagi di perkongsian cuti-cuti Kak Sue yang lain ye..Papai!!

You Might Also Like

7 ulasan

  1. huntunglahhhh ....gi langkawi tak ingat mak sedara.....ahahaha

    cable car yg best sebenarnya...area situ boleh layan movie 6d....boleh kayuh2 beskal air....naik kuda.....flying fox ...harga bajunkat situ pun murah dan boleh tawar menawar.....

    saya gi time LIMA....memang syokkkkkk....ok papai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..lama dah mak sedara oi..ibu is tak naik cable car..gayat gila..boleh la next time pegi time LIMA ye mak sedara..hahaha

      Delete
  2. bulan posa ni nampak tang makanan je lebih

    ReplyDelete
  3. yoorin pon bru pegi hujung tahun lepas.. tp betul laa,..underwater world tu macam rugi je masuk bayar mahal.. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah Yoorin,tak ada apa yg menarik..mahal plk tu..ehehe

      Delete
  4. Tak sabaqnya nak p langkawi aurust nanti !. hehe doakan semua dipermudahkan ye kak sue <3

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.