Udang Masak Minang Resepi Ringkas Dan Mudah

May 01, 2015

Assalamualaikum,Selamat Hari Pekerja..Selamat bercuti,pada yang bercuti dan selamat balik kampong pada yang balik kampong, hati-hati di jalan raya.Semoga selamat pergi dan pulang ye..Kak Sue tak kemana-mana pun cuti nie,kat rumah aje dengan anak-anak.Hari nie baru ada kesempatan nak masak,dua tiga hari lepas is busy sikit..kekononnya lah..ehehe..Hari nie Kak Sue masak Udang Masak Minang,resepi dari kawan di facebook Nurul Nadia yang dah di anggap seperti keluarga sendiri dah.Banyak jugak lah resepi dari beliau yang Kak Sue dah cuba..Macam biasa Kak Sue kalau resepi nak mudah,ringkas dan cepat!!Jom kita tengok bahan dan cara memasaknya ye..

Udang Masak Minang
Resepi Asal:Nurul Nadia
Bahan2nya:

1/2 kg Udang bersize sederhana
1 ulas Bawang besar
3 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia
1 inci Lenkuas
1 mangkuk kecil Cili kisar
1 biji Kelapa~ambil santannya(kalau malas Santan KARA pun si sokay)
2 batang serai
6 helai Daun limau purut
1 keping Asam gelugor
10 biji Cili Padi
1 biji Tomato

Cara2nya:
Bersihkan Udang dan toskan.Ketepikan
Kisar bawang merah,putih dan halia separuh hancur aje
Kemudian tumis bahan yang di kisar tadi sehingga naik bau
Masukkan cili kisar,biarkan hingga cili kisar masak
Kemudian masukkan lengkuas dan serai yang telah di ketuk dan juga daun limau purut
Kacau dan masukkan santan dan asam gelugor tadi.
Masak sehingga mendidih (kacau jangan berhenti tau,nanti santan tu pecah lemak kuah tak cantik)
Selepas itu boleh lah masukkan udang.Bila Udang dah masak masukkan tomato dan cili padi.
Dah pun siap..mudah je kan..Selamat Mencuba.



You Might Also Like

2 ulasan

  1. nampak sedap kak sue..boleh try nanti...=)

    ReplyDelete
  2. sila Yoorin..mudah dan ringkas je resepi nya.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.