Tekanan Cepatkan Proses Penuaan

Assalamualaikum,Selamat pagi isnin..selamat memulakan tugas rutin kita seperti biasa.Kadang-kadang ada waktu rasa agak tertekan kan bila melakukan sesuatu perkara yang kita tak berapa nak suka.Bagi Kak Sue,Kak sue lebih suka menguruskan hal rumah tangga sendiri dari mengajikan pembantu rumah.Nanti ada ja yang Kak Sue tak puashati..ehehe,tapi kekadang bila kita menguruskan rumah dan anak-anak sendirian agak memenatkanlah.Tambah kalau anak- anak yang masih kecil,mereka tak pandai lagi berdikari.Cepat letih dan mula la kita rasa tertekan.Sebenarnya tekanan nie tak elok tau pada diri kita.Kak Sue kongsikan di sini dari petikan akhbar Kosmo  yang Kak Sue baca semalam.
Tekanan sering membuatkan seseorang itu berasa sakit kepala dan seterusnya hilang fokus untuk melakukan sesuatu perkara.Bukan itu sahaja,satu kajian di jalankan oleh Brighman Womens Hospital di Boston mendapati,tekanan juga berupaya menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar..Haaa..jaga-jaga..jangan selalu stress ye..ehehe..Kesan daripada tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang itu mudah berasa letih,di tumbuhi jerawat yang banyak,berlaku lingkaran hitam pada mata,keguguran rambut dan kuku mudah tertanggal.
Kajian di jalankan juga mendapati,tekanan menyebabkan berlaku pengeluaran minyak sebum secara berlebihan sehingga menyebabkan liang pori-pori tersumbat dan mengakibatkan berlaku pertumbuhan jerawat pada wajah.Kesan daripada tekanan juga menyebabkan berlaku kedutan pada wajah apabila hormon tekanan melepaskan radikal bebas yang boleh mengakibatkan kulit menjadi kering dan hilang keanjalan.Jadi jangan stres-stres hokay..Sekian untuk kali ini..semoga bermenafaat untuk semua,Papai..!!

Post a Comment

0 Comments