Selamat Hari Ibu Untuk Mak

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu.Selamat Hari Ibu untuk mak dan mak mertua Kak Sue yang tersayang,juga untuk semua mak,ibu,umi,mama yang berada diseluruh Malaysia.Walau setiap hari sepatutnya hari ibu tapi tak salah kalau satu hari tu khusus buat untuk meluahkan segala rasa penghargaan dan kasih sayang pada ibu kita yang telah bersusah payah mengandungkan kita,melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.Tentu ibu kita seronok kan...

Selain pada tu, salah satu cara lain kita nak berbakti dan menghargai ibu kita dengan sentiasa mendokan ibu kita.Berdasarkan Hadith Nabi,"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua  orang tuanya dalam sehari".Semoga Ibu kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,umur yang bermenafaat,kesihatan yang baik,sentiasa di murahkan rezeki,di permudahkan setiap urusan dunia dan akhirat serta berbahagia hingga ke Jannah..aamiin..Selamat Hari Ibu Mak..orang sayang mak sangat..muahhh...


No comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤