Puding Trifle - Sedap Dimakan Sejuk

May 07, 2015

Assalamualaikum,Selamat petang semua,salam ceria semua kawan-kawan.Petang macam nie sedap kalau dapat makan puding kan,sejuk je tekak.Petang semalam Kak Sue buat Puding Trifle nie untuk minum petang,rasa macam teringin nak makan puding pulak.Kak Sue jalan-jalan kat blog nampak la resepi dari Blog Lina pg.Jadi Kak Sue pun terus mencuba resepi dari beliau,jom kita tengok resepinya ye...


Puding Trifle

Resepi Asal:Lina PG

Bahan- bahan :
Bahan A (Lapisan kek)
Swiss roll secukupnya
Air dari jus koktail

Cara - cara :
Swiss roll di potong setebal 1cm.
Susunkan ke dalam mangkuk menutupi setiap ruang mangkok tu ye
Tekan2 sikit supaya padat
Siram/renjiskan dengan air jus koktel ke atas kek supaya lapisan agak moist.Ketepikan

Bahan B (Kastad)
1 cawan rata Tepung kastad
1/2 cawa Gula
1 tin Susu cair
1 tin Air (sukat guna tin susu cair)
1 tin Buah koktel (asingkan buah dan jus)

Cara -cara :
Satukan semua bahan,kacau sehingga kastad sebati dan gula hancur
Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.nampak kastad tu cam meletop je,tutop api ye
Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek tadi
Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil tekan2 sikit supaya buah tu tak terapung nanti
biarkan sejuk sebentar


Bahan C (Kristal Jelly)
*Kak Sue guna agar2 serbuk je
10 gram serbuk Agar-agar
1.2 liter air (Kak Sue guna 1 liter je)
3/4 cawan gula
1-2 titis pewarna merah

Cara -cara :
Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur
curahkan ke atas adunan kastad.Curah secara perlahan-lahan ye,supaya tak bercampur warna.Pakai senduk atau sudu dan buat dengan cermat.Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam peti ais
Dah pun siap,mudahkan resepinya.nanti dah cukup beku dan sejuk boleh la di hidangakn utuk minum petang bersama keluarga.Selamat mencubaaaaa,Papaiiiiii!!!





You Might Also Like

3 ulasan

  1. Terima kasih sudi cuba resepi Puding Trifle ni.Salam perkenalan dari saya LiNa Pg

    ReplyDelete
  2. sama2 Lina..Salam perkenalan dari Kak Sue jugak ye.. :)

    ReplyDelete
  3. kita pun suka puding trifle kak sue.. senang nak buat tapi anak2 dgn suami tak suka.. terus jadi malas nak buat sebab kena makan sorang2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.