Pokok Kelapa Laut Tanam Sendiri Aje

May 04, 2015

Assalamualaikum,Selamat sejahtera semua..Semalam pagi Kak Sue dan keluarga balik ke Tanjong Keramat,Teluk Intan.Nasib baik waktu Kak Sue balik tu tak ada la jem sangat walaupun banyak kereta la jugak.Pagi nie bersiap nak balik tu sambil intai-intai kat luar rumah..ehhh..dah besar Pokok Kelapa Laut!!!


Kak Sue pun keluar la tengok Pokok Kelapa Laut tu dari dekat,rupanya ada anak pokok dah tumbuh sebelah pokok yang dah besar tu..Sebenarnya Pokok Kelapa Laut nie,senang je tanamnya.Campak kat tanah pun dia hidop,tapi kalau dah ada cambah atau dah naik tunas,kita dah tak boleh ubah pokok tu.Sebab akar Pokok Kelapa Laut nie jenis akar tunjang,panjang ke dalam.Kalau nak ubah jugak kena korek ke dalam baru la ubah,tu pun tak tau hidup ke tak pokok tu..


Pokok Kelapa Laut nie,tak payah kita nak jaga terok-terok pun.Dah naik pucuk atau tunas tu,kita cuma kena bersihkan pelepahnya aja.Macam pokok kelapa sawit tu kalau tak di bersihkan nanti nampak semak plk..nak panjat pun susah nanti..segala macam benda ada kat situ..merbahayaaa!!ehehe..



Pokok Kelapa Laut nie jugak mengambil masa enam hingga tujuh tahun untuk berbuah.Entah Kak Sue n abang Man ada lagi ke tidak masa tu,tapi tak apa lah anak-anak boleh teruskan la apa yang kami dah buat setakat ini...bunyi cam sedih gitu ye..Esok senang le anak-anak kami kan.Daun nya pun cantik macam kipas besar..kalau rajin dan pandai memacam boleh buat..Harap balik lagi sekali ke sini,Pokok Kelapa Laut membesar dan sihat bagai johannn la ye..hahahha..Sekian dulu kali ini,Jumpa lagii..papaiiii!!!


You Might Also Like

3 ulasan

  1. Anonymous26 May, 2015

    salam,
    kak su klu ada benih pokok tal boleh x jual kat sy
    zaidi.aziz@rocketmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..Zaidi,InsyaAllah kalau ada benih nanti Kak Sue bagi tau..

      Delete
  2. Aslmkm kak sue ada benih x? Ada BG taw sya OK mmg sya mencari penih pokok ne

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.